Tular di laman media sosial tentang satu video yang tersebar yang memaparkan pengarah dan pemilik syarikat Metrowealth Production, David Teo ditampar oleh pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin atau lebih dikenali dengan nama Mat Over.

Berbubung dengan tindakan menampar pengarah tersohor itu, Mat Over menyatakan bahawa dia tidak berasa perbuatannya itu keterlaluan dan dia jugak tidak berasa kesal dengan tindakannya itu.

“SAYA tak rasa apa yang saya buat itu keterlaluan kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab terutama di hadapan pemimpin yang menjadi tuan rumah pada acara ini.

 

“Saya juga tidak kesal dengan tindakan ini kerana sikap David tidak menghormati Perdana Menteri dan Rosyam selaku moderator. Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia perlu ada adab dan hormat-menghormati,” kata pelakon dan pelawak itu.

Kejadian ini berlaku semasa sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama Penggiat Seni di Seri Perdana, Putrajaya, malam tadi.

IKLAN

Insiden ini bermula apabila David menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap Datuk Rosyam Nor selaku moderator dalam program tersebut yang hanya memberikan tumpuan kepada penonton di barisan hadapan sahaja.

David menyifatkan tindakan Rosyam itu tidak adil kerana tidak memberi peluang kepada penonton di barisan belakang untuk mengajukan soalan dan pandangan kepada Perdana Menteri.

IKLAN

Sewaktu kekecohan berlaku, Mat Over secara tiba-tiba meluru ke hadapan pentas dan menampar pengarah tersebut untuk memberi amaran supaya tidak kurang ajar.

IKLAN

Namun David juga turut menceritakan kejadian yang berlaku dan dia juga mengatakan mengatakan bahawa dia tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Mat Over dan telah memaafkan tindakan pelawak itu.

“Tiba-tiba saja dia meluru serta menampar saya. Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja sedangkan saya juga mahu bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri.

 

“Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya,” katanya.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI