Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Diusik mengenai keakraban dengan gandingannya dalam drama Ku Kirim Cinta, Redza Rosli, Ayda berkata, dia tidak dapat mengelakkan dari dikaitkan kerana status keduanya yang masih single.

“Mungkin kerana saya quite charming (ketawa), mungkin sebab saya friendly, still single dan berlakon juga dengan orang yang digandingkan dengan saya juga masih single, jadi orang kaitkan kami bercinta.

 

“Apa yang boleh saya katakan, hubungan saya dengan Redza memang baik dan bagi saya dia seorang lelaki yang baik dan lebih layak mendapat perempuan yang lebih baik.

 

“Bukan bermaksud saya tak baik, tapi mungkin tidak cukup baik untuknya,” ujarnya.

Ayda berkata, dia juga berharap kisah cinta yang sering digembar-gemburkan tidak melebihi kisah kariernya.

“Kalau boleh saya tak mahu lagi kisah-kisah cinta dimainkan dan biarlah orang fokus dengan apa yang buat,” ujarnya.

Kebiasaannya, kebanyakan selebriti memilih untuk berehat sepanjang bulan Ramadan bagi memberi ruang untuk bersama keluarga dan juga menumpukan kepada ibadah.

Namun bagi Ayda Jebat pula, dia tidak kisah bekerja sepanjang Ramadan biarpun tidak terlibat dengan penggambaran.

Bahkan dia melihat tawaran demi tawaran yang datang sebagai suatu rezeki yang sukar untuk ditolak.

“Tidak dinafikan kadang kala ada juga rasa untuk berehat sebulan dua tapi bila habis sesuatu projek, datang tawaran yang lain pula.

 

“Lagipun saya bukan travel person, walaupun kawan-kawan lain seronok berkongsi momen percutian mereka, tapi ia tidak menarik saya untuk turut serta.

 

“Jadi saya tak kisahlah kerja dan kerja walaupun ada ketika saya penat sangat kerana ia rezeki yang sudah tertulis untuk saya,” katanya.

Tambah pemilik nama sebenar Nur Suhada Jebat, 25, dia juga belum terfikir untuk memperlahankan karier seninya demi meletakkan dia dalam kelompok eksklusif.

“Bagi saya, kalau sudah rezeki buat apa menolak. Kalau masih ada tawaran, masih ada memerlukan saya, kenapa saya mahu perlahankan karier.

 

“Saya mungkin buat begitu bila tiba masanya dan ketika itu mungkin saya akan lebih beri tumpuan perniagaan pula,” jelasnya.

Berkongsi perkembangan terkininya, Ayda berkata, dia baru sahaja menyelesaikan baki penggambaran drama Ku Kirim Cinta.

“Untuk Ramadan kali ini saya hanya terlibat penggambaran Ku Kirim Cinta sahaja dan sudah pun selesai.

 

“Selebihnya saya akan terlibat program TV3, TV9 dan Tonton kerana saya menjadi duta Terima Kasih Ramadan mereka untuk tahun ini.

 

“Jadi saya perlu hadiri beberapa aktiviti dan program yang sudah ditetapkan mereka. Selain itu saya juga sibuk dengan beberapa program lain sebagai duta.

 

“Walaupun tak shooting, tapi hari-hari sibuk sehingga tak ada kesempatan untuk pulang ke Melaka lagi.

 

“Tapi saya tak rasa terbeban kerana program-program yang saya sertai ini lebih kepada program amal dan saya kira inilah masa yang sesuai untuk kita membuat kebaikan,” katanya.

Bukan itu sahaja, Ayda berkata, dia juga diberi peluang untuk menyanyikan lagu Gemuruh Suara sempena penganjuran Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.

“Saya bukan menyanyikan lagu tema, tapi lagu untuk penyokong yang memberi sokongan mereka kepada atlet yang bertanding. Lagu itu merupakan sebuah lagu rancak bagi menaikkan semangat juang dalam kalangan atlet dan juga penyokong.

 

“Malah saya melihat peluang sebegini sebagai satu platform yang baik untuk karier nyanyian saya,” katanya yang turut merancang untuk tampil dengan single baru selewatnya hujung tahun ini.

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "