Wah nampaknya nama adik kepada pelakon Nelydia dan Uqasha Senrose ini semakin mendapat perhatian sejak membintangi drama adaptasi novel Pinggan Tak Retak, NasiTak Dingin karya Umi Syidah.

Melihat drama ini sering diperkatakan dan trending setiap kali ia ditayangkan, MH Online segera mendapatkan pelakon utama drama ini Raysha Rizrose…

“Jujur saya tak sangka drama ini mendapat sambutan ramai.Bagi saya, cukup sekadar penonton suka dan memberi responsyang baik sudah memadai.

“Tetapi tak sangka sewaktu episod pertama ditayangkandarama ini terus mendapat perhatian ramai dan sebaik sahajadrama ini habis ditayangkan terus menjadi trending diTwitter,” katanya.

‘Saya Selesa Dengan Idris Khan’– Raysha Rizrose ‘Saya Selesa Dengan Idris Khan’– Raysha Rizrose

Bila ditanya bagaimana hubungannya bersama pelakon Idris Khan dia menjawab dengan sungguh tenang.

IKLAN

“Ya, saya selesa berkerjasama dengan Idris. Ini bukanlah kali pertama kami berkerjasama, malah saya sudah mengenaliIdris dalam tempoh yang agak lama.

He’s not a stranger to me.Malah, dia juga banyak membantusaya dalam menjayakan drama ini,”jelasnya.

Tidak terkesan dengan sebarang kontroversi yang pernah terpalit pada Idris, Raysha memberitahu dia yakin isu tersebut tidak akan memberi apa-apa kesan pada dirinya.

‘Saya Selesa Dengan Idris Khan’– Raysha Rizrose

Walaupun hanya beberapa kali muncul di kaca televisyen dan dikatakan ‘hilang’ seketika, Raysha berharap ‘come back’ dalam dunia hiburan diterima ramai.

IKLAN

“Saya akui, selama ini saya agak senyap tetapi senyap saya tidaklah ‘kosong’. Saya mengambil sedikit masa untuk mempelajari beberapa perkara terutamanya dalam bidang lakonan.

“Selepas memenangi Dewi Remaja, saya tidak berniat langsung untuk terus meletop dan popular. Saya masih muda ketika itu dan harus menimba ilmu terlebih dahulu.

“Alhamdulillah, kini saya sudah keluar ke zon yang baru danberharap drama ini membuka ruang dan jalan untuk saya terusberada dalam bidang ini,” ujarnya lagi.

Raysha juga berkata walaupun dia mempunyai bonus miliki adik beradik yang sudah popular dan mempunyai standard nama tersendiri dia tidak akan mengambil kesempatan itu untuk terus dikenali.

Sebaliknya dia lebih selesa untuk mencari haluannya tersendiri dengan sedikit tunjuk ajar daripada kakak-kakaknya.

IKLAN

Apa pun kami puji sikap Raysha yang tidak terlalu gopoh untuk mengejar populariti. Semoga selepas ini perjalanan anak seni Raysha semakin lancar dan terus memeriahkan lagi industri tanah air.

‘Saya Selesa Dengan Idris Khan’– Raysha Rizrose

Drama Pinggan Tak Retak, Nasi Tak Dingin ini telah ditayangkan pada 10 julai yang lalu dan akan bersiaran di slot Drama Sangat setiap Isnin hingga Khamis jam 6.58 petang diTV3.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI