Setiap kali menjelang Syawal, penerbit, pengarah, pelakon, pengacara Azwan Ali lebih selesa berada di Kota Suci Makkah menunaikan ibadah Umrah.  Malah, tahun ini merupakan umrahnya yang ke-10. 

“Saya selesa memilih jalan hidup begini. Saya sebatang kara, tidak ada keluarga. Jadi, setiap kali Syawal, saya akan bermunajat kepada ALLAH SWT.

“Tenang rasanya apabila berada di hadapan Kaabah sambil mulut terus berzikir mengingatiNya. Itulah kepuasan sebenar yang saya rasakan.

IKLAN

“Saya tak fikir pasal raya pun saat berada di Tanah Suci. Apa yang fikirkan, apakah akan ada lagi saya di sini (Makkah) pada tahun- tahun mendatang?

“Adakah ALLAH SWT akan terus menjemput saya sebagai tetamuNya pada masa akan datang? Hanya itu yang saya fikirkan,” katanya kepada Sinar Harian Online.

IKLAN

Azwan yang sinonim dengan gelaran Diva AA ini juga sempat memohon maaf kepada semua yang terasa dengan kelantangannya bersuara.  

“Saya mohon maaf kepada semua, jika selama ini terasa hati dengan apa yang saya katakan.

IKLAN

“Sebagai manusia, sudah pasti tidak lepas daripada melalukan kesilapan. Saya juga sudah memaafkan semua orang di sekeliling saya. Saya anggap apa yang berlaku itu biarlah berlalu,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian/Haslina Kamaludin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI