Seperti yang semua sudah sedia maklum, minggu ini heboh di media sosial memperkatakan tentang status seorang pengulas fesyen, Zaihani Mohd Zain yang dimuat naik di akaun media sosialnya menyatakan, jika berat badan melebihi daripada 60kg diminta untuk jangan hadir ke majlis pertunjukan fesyen.

Dalam status yang dimuat naik olehnya lagi dia menulis, jika berat badan melebihi daripada 60kg ini akan membuatkan orang yang duduk bersebelahan mereka akan berasa tidak selesa.

‘Saya Menyusun Sepuluh Jari Mohon Ampun Dan Maaf’ – Zaihani M Zain

Rentetan daripada status Zaihani yang viral ini, ramai netizen yang marah dan ada segelintir yang terasa hati dengan penulisannya itu.

IKLAN

Malah ada juga rakan-rakan artis yang turut tidak bersetuju dengan apa yang telah diluahkan oleh Zaihani.

Terbaru, menerusi akaun media sosial pengulas fesyen ini, dia telah memohon maaf secara terbuka kepada semua yang berkecil hati dengan kata-katanya sebelum ini.

IKLAN

Menurut Zaihani, dia tidak berniat untuk menghina sesiapa dan status yang dimuat naik olehnya tempoh hari hanyalah luahan hatinya tentang situasi yang dialaminya.

‘Saya Menyusun Sepuluh Jari Mohon Ampun Dan Maaf’ – Zaihani M Zain

IKLAN

Bagi MH, setiap manusia di dunia ini tidak sempurna dan tidak akan pernah terlepas daripada melakukan kesilapan.

Diharap dengan permohonan maaf daripada Zaihani ini dapat menjernihkan semula keadaan dan buat yang tersinggung dan terasa hati dengan kenyataannya sebelum ini, MH harap korang dapat maafkan dia ok!

Sumber: Instagram Zaihani M Zain

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI