Pelakon, Raja Farah disangka hamil hanya kerana badannya dilihat sedikit berisi. Namun begitu Farah menafikan dirinya sedang hamil.

Kata Farah, mungkin punca berat badannya bertambah adalah kerana dia masih menyusukan anaknya.

‘Saya Mengaku Berat Badan Bertambah Tapi Bukan Sebab Mengandung’ – Raja Farah

IKLAN

“Saya mengakui berat badan bertambah tapi bukan sebab mengandung. Mungkin sebab anak masih menyusu badan, tu punca cepat naik.

 

“Saya belum bercadang lagi untuk menurunkannya, buat sementara waktu biarlah begini dulu,” katanya kepada mStar Online.

Bagi MH pertambahan berat badan selepas berkahwin adalah sesuatu yang normal kerana ianya mungkin disebabkan faktor hormon yang tidak menentu.

Dalam pada itu, Farah berkata dia dah suaminya tidak pernah merancang untuk menambah cahaya mata malah sentiasa bersedia jika dikurniakan zuriat lagi.

IKLAN

‘Saya Mengaku Berat Badan Bertambah Tapi Bukan Sebab Mengandung’ – Raja Farah

IKLAN

“Soal tambah anak memang tak pernah rancang. Kami sentiasa bersedia dan tak kisah jika dikurniakan ramai anak.

 

“Bagaimanapun itu semua bergantung kepada rezeki dan jika ada kami terima dengan gembira,” katanya.

Anak itu adalah rezeki dari ALLAH SWT, lagi ramai zuriat yang dikurniakan maka lagi melimpah ruah lah rezeki yang diterima dalam sesebuah keluarga.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI