Tiada siapa yang boleh menidakkan rezeki seseorang kerana itu sememangnya sudah tertulis oleh yang Maha Esa. Bak kata pepatah tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia pula siapa yang tahu.

Hairul Azreen, pelakon lelaki yang tidaklah berapa menonjol berbanding pelakon lain,  namun Hairul merupakan seorang usahawan yang berjaya menerusi beberapa perniagaan yang diusahakan bersama isteri tercinta Hanis Zalikha.

Kemewahan yang selama ini hasil usaha keras dan titik peluhnya sering dipandang serong oleh segelintir masyarakat. Ada juga yang mempertikaikan tentang kemewahannya sehingga ada yang berkata kesenangan ini datang hasil daripada menumpang nama isteri dan anak sulungnya, Yusuf Iskandar.

IKLAN

Walau sering dipandang serong namun Hairul tidak mudah melatah dan berkata segala yang dimilikinya adalah hasil titik peluhnya sendiri.

IKLAN

“Saya dahulu budak rempit, orang susah tetapi saya ada cita-cita besar dalam hidup saya dan ia tidak akan datang bergolek jika tiada usaha.

 

“Alhamdulillah sebelum berkahwin lagi kehidupan saya sudah berubah dan sejak memenangi pertandingan Fear Factor beberapa tahun dahulu ia turut membuka mata saya.

 

“Wang hasil kemenangan itulah saya gunakan untuk memulakan perniagaan bersama Hanis ketika itu dan Alhamdulillah berkat usaha dan rezeki daripada Allah ia menjadi,” katanya.

Pengetahuan Hanis dalam bidang perniagaan banyak membantu beliau untuk berjaya dalam perniagaan yang diusahakan. Hairul juga mengakui bahawa isterinya itu adalah tulang belakang kejayaannya.

IKLAN

“Perniagaan pertama saya pun sya bangunkan bersama Hanis dan ketika itu memang saya tiada ilmu dan pengalaman tetapi isteri saya banyak membantu ketika itu memandangkan dia mempunyai ijazah dalam bidang perniagaan.

 

“Kami berdua bermula dari bawah untuk sampai ke tahap sekarang dan Alhamdulillah rezeki saya selepas berkahwin dan mempunyai anak semakin murah,” jelasnya.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI