Hidup ini bagaikan roda, adakala di atas ada kalanya pula di bawah. Begitulah nasib yang menimpa Atikah Suhaime baru-baru ini.

Jika sebelum ini kita sering mendegar namanya di sebut-sebut dan sering tampil di filem-filem MIG Production. Kali ini dia agak menyepi sejak dilanda kontroversi yang mengaitkan dirinya bersama dua orang pelakon lelaki, Idris Khan dan Ammar Alfian.

‘Saya Bukan Cuba Rendahkan Diri’ -Atikah Suhaime

Namun baru-baru ini Atikah telah menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik sebuah gambar dengan kapsyen yang mengambarkan dirinya bakal meninggalkan dunia lakonan di Malaysia.

IKLAN

Namun semua itu telah dipadam sebaik sahaja mendapat reaksi daripada netizen.
Jadi MH Online segara untuk dapatkan penjelasaan daripada tuan punya badan sendiri

“Ya memang jadi, tapi my mom suruh delete.

 

“Saya bukan cuba rendahkan diri, tetapi dalam masa enam bulan ini saya tiada job disebabkan kontroversi yang lepas.

 

“Sepanjang itu, saya hanya mengharapkan duit belanja daripada adik beradik selama enam bulan, tetapi saya fikir tak apalah rezeki itu di mana-mana dari situlah saya buat keputusan cari kerja di Singapore,” jelasnya pada wartawan MH.

Atikah juga menjelaskan dia bukanlah berhenti berlakon selamanya tetapi inilah masa yang paling sesuai untuk dia memperbaiki diri di sana dan berehat seketika.

‘Saya Bukan Cuba Rendahkan Diri’ -Atikah Suhaime

IKLAN

Katanya lagi, sekirannya pada masa hadapan ada pihak yang memanggil dia untuk berlakon di Malaysia semula dia tidak ada masalah untuk kembali.

Malah Atikah juga mengaku bekerja sebagai Eksekutif Pemasaran di sebuah syarikat swasta.

IKLAN

Dalam masa yang sama Atikah juga turut menjelaskan ada kebaikannya juga apabila mengambil keputusan seperti ini. Katanya, inilah masa yang sesuai untuk dia kembali lakukan apa yang telah dia ‘terlepas’ sepanjang bergelar selebriti.

“Sepanjang lima tahun berada industri Malaysia, saya terlalu sibuk dan perlu commit dengan banyak perkara. Kadang-kadang tu bila sepupu saya kahwin tiba-tiba ada shooting dalam masa yang sama.

 

“Malah hari lahir ibu saya pun saya terlepas sebab sibuk shooting. Sampaikan anak sedara sudah besar pun saya baru sedar. Saya rasa inilah peluang untuk catch up semula apa yang terlepas,” katanya lagi.

Atikah juga turut menambah kini dia sangat bahagia dengan keadaannya sekarang kerana punyai lebih waktu bersama keluarga.

Apa pun kami doakan yang terbaik buat Atikah dan semoga Atikah berjaya dalam bidang yang diceburi sekarang.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI