Heboh di media sosial beberapa hari lalu tetang pelakon wanita cantik, Nadia Brian yang mecuri tumpuan ramai apabila dikatakan dia berpakaian seksi ketika bercuti di sebuah pulau.

Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi berkata kepada sebuah sumber, dia terkejut melihat pengikut di Instagram bertambah secara tiba dan apabila melihat ruangan komen penuh dengan netizen yang bercakap tentang keseksiannya ketika bercuti di pulau tersebut.

‘Saya Buat Hal Sendiri , Tak Kacau Orang’

“Bagi saya, ia tidaklah terlalu seksi dan gambar itu diambil ketika saya sedang bersantai di kawasan pantai,” ujar Nadia.

Menurut nadia lagi, dia pergi bercuti ke pulau itu berdua bersama ibunya dan video yang merakamkan diri pelakon ini yang didakwa seksi itu diambil sendiri oleh ibu nadia.

“Saya bukan bercuti dengan mana-mana lelaki seperti yang didakwa oleh netizen,” ujarnya lagi.

Katanya , dia lebih selesa untuk menjadi diri sendiri dan tidak mahu berfikir tentang kata-kata negatif yang dilemparkan oleh netizen.

IKLAN

‘Saya Buat Hal Sendiri , Tak Kacau Orang’

Dia juga lebih selesa untuk berdiam diri dan mahu dikenali kerana bakat bukan daripada kontroversi sebegini.

IKLAN

“Malaslah nak ambil tahu benda-benda begini, yang penting saya buat hal sendiri dan tak kacau orang.

 

“Sejujurnya, saya tak tertekan tentang isu ini cumanya kalau boleh jangan terlalu mudah melabelkan saya dengan tanggapan yang tidak baik.

‘Saya Buat Hal Sendiri , Tak Kacau Orang’

Nadia juga turut memohon maaf kepada pihak yang kurang selesa dengan tingkah lakunya.

IKLAN

Mari kita lihat video yang mendakwa Nadia kelihatan seksi di bawah.

Beach?Best escape anyone can have?

A post shared by Nadd? (@nadia.brian) on

Masing-masing mempunyai pendapat tersendiri. Namun seperti yang dikatakan Nadia, jangan telalu mudah untuk melabel orang lain tidak baik.

Sumber: Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI