Setiap negara pasti punyai cara dan budaya mereka sewaktu menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jika di Malaysia, rendang, nasi impit, lontong, kuah kacang, ketupat dan lemang merupakan makanan wajib semasa perayaan ini.

IKLAN

Menurut bintang Indonesia, Oki Setiana Dewi yang popular dengan filem Ketika Cinta Bertasbih berkata, hakikatnya sambutan raya di Malaysia dan Indonesia sebenarnya tidak banyak beza.

IKLAN

“Kalau dari segi makanan, saya rasa semuanya sama sahaja, di Indonesia juga ada ketupat, opor, rendang, sambal kentang dan hati ayam.

 

“Dari segi perayaan, sama saja sambutannya, semua orang bergembira menyambut Hari Raya, sanak-saudara pulang ke kampung, seperti di Malaysia, bandar besar akan sunyi sepi kerana orang ramai pulang ke kampung,” katanya kepada MH.

Oki Setiana Dewi turut berkongsi budaya ziarah menziarahi di negaranya sewaktu sambutan hari raya.

IKLAN

“Jika di Indonesia, waktu kunjung-mengunjungi antara ahli keluarga adalah dalam tempoh 3 hari sahaja manakala melibatkan teman-teman di pejabat adalah dalam masa seminggu atau 10 hari selepas tiga hari pertama itu.

 

“Selain itu, orang akan menghabiskan masa yang lama di kampung hingga satu minggu lamanya untuk sambutan Hari Raya,”akhirinya.

Foto: Instagram Oki Sentiana Dewi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI