Keluarga penyanyi kumpulan Iklim Salim Abdul Majeed atau lebih dikenali dengan nama Saleem meminta orang tidak menyebarkan berita palsu yang menyatakan Saleem telah meninggal dunia.

Isteri Saleem Iklim, Juriah @ Julia Bachok mengakui kecewa dengan penyebaran berita palsu mengatakan suaminya meninggal dunia.

Dalam masa dia meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan berita palsu dan jangan mudah percaya dengan berita yang berbentuk spekulasi yang mencari keuntungan semata-mata.

“Buat masa sekarang keadaan abang Saleem stabil. Cuma demam panasnya tidak menentu kerana ada turun naik.

 

“Saya minta kepada mereka yang menyebarkan cerita palsu kononnya dia meninggal agar berhenti membuat dosa dengan menyebarkan fitnah,” katanya.

Kelmarin, penyanyi kumpulan Iklim ini dimasukkan ke Pusat Pakar UKM, Cheras akibat demam panas sejak seminggu lalu.

Saleem Hajat Tunai Haji

IKLAN

Saleem Hajat Tunai Haji

Julia berkata, panas badan Saleem tidak menentu dan doktor masih mencari punca sebenar penyakitnya.

“InsyaAllah saya biarkan dia berehat di wad sehingga betul-betul sembuh sebelum kembali menyanyi” katanya.

Julia turut kesal dengan tuduhan liar mengatakan penyakit suaminya berpunca daripada pengambilan bahan terlarang.

IKLAN

“Apa salahnya kita mendoakan yang terbaik untuk abang Saleem agar dia cepat sembuh dan kembali memeriahkan industri seni tanah air. Janganlah kita terus menghukumnya atas kesalahan silam.

Menurutnya, Saleem yang baru tampil dengan single Karma Cinta juga sudah dua bulan berhenti merokok dan bercadang menunaikan ibadah haji jika diizinkan Allah.

“Saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan sebarang cerita palsu mengenai abang Saleem,” katanya.

Dia juga turut berterima kasih kepada Ameng Spring yang memberi bantuan kewangan dan banyak membantu sepanjang Saleem di hospital.

IKLAN
 

Kita terus doakan Saleem Iklim @aku_saleem d beri kesembuhan..aamiin yarabbalalamin

A post shared by Ameng Spring ??? (@amengspringofficial) on

Sumber : Harian Metro

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI