Wah nampaknya tidak lama lagi Sajat akan berangkat ke Tanah Suci, Mekah bersama keluarganya, betul ke?

Melalui sebuah posting di Instagram, Sajat telah mengejutkan ramai pihak apabila berkongsi satu poster ke Umrah dengan kapsyen yang cukup teruja untuk membawa kedua orang tuannya ke Tanah Suci, Mekah bagi menunaikan Umrah.

Malah, Sajat turut memberitahu dia tiada niat untuk melambatkan urusan baik ini tetapi adalah tanggungjawabnya untuk mencari sumber terlebih dahulu untuk membawa ibu dan ayahnya ke sana.

IKLAN

“Alhamduillah….bulan 12 ini kami sekeluarga akan pergi ke umrah… doa yang terbaik,sekian lama menunggu untuk urusan ini..bukan kerana sajat tak nak pergi awal@melewatkan hal baik ini,disebabkan mak ayah sajat bankrup C,so sajat sebagai anak kena settle hal itu terlebih dahulu… Doakan yang baik untuk kami sekeluarga…amin,” tulisnya di ruangan kapsyen.

IKLAN

Sungguhpun begitu, Sajat telah menutup ruangan komen dan tidak membenarkan sesiapa untuk meninggalkan apa-apa kata tentang perkara tersebut.

IKLAN

Bagus betul Sajat, walaupun melalui pelbagai liku kehidupan dia tetap tabah dan sanggup kumpul wang ringgit demi bawa ayah dan ibunya ke Mekah.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan Sajat bersama keluarga baik-baik sahaja di sana.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI