Select Page
  • 23.7K
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    23.7K
    Shares

Pastinya ramai di kalangan peminat setia pelakon Saharul Ridzwan dah tak sabar nak menatap wajah anak lelakinya yang dilahirkan pada 6 Jun yang lalu.

Akhirnya yang dinanti-nanti telah pun tiba, pasangan itu akhirnya telah pun berkongsi dan mendedahkan wajah penuh anak sulung mereka, Muhammad Luth Ali yang dilahirkan normal, seberat 2.8 kilogram.

Menurut aktor itu, tiga patah nama yang dipilih itu adalah inspirasi dua orang nabi iaitu Muhammad dan Luth manakala Ali pula membawa makna ‘yang mulia dan tinggi kedudukan’.

Saharul buat pertama kalinya tiga hari lalu telah berkongsi foto penuh bayi comel mereka dengan kapsyen,” Assalamualaikum. Boleh panggil saya Ali. Baba panggil saya brader Ali. Salam perkenalan semua.”

Isteri kepada aktor popular itu, Qaabila Deena Emir juga memuat naik beberapa gambar bayi comel tersebut di laman Instagram miliknya.

Menerusi entri yang dimuat naik, rata-rata peminat memuji wajah comel anak mereka dan ada juga yang memuji mata anaknya yang berwarna coklat cair.

Saharul dan Deena yang merupakan usahawan butik secara atas talian berkahwin pada 16 September 2016 di Putrajaya.

 

MH mengucapkan tahniah kepada Saharul dan Deena, semoga kelahiran putera tersebut dapat menyinari lagi rumahtangga mereka.

 

 

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "