Meluaskan lagi perniagaannya, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Ruhainies mengeluarkan koleksi baju raya jenama sendiri, Kebaya Modern by Ruhainies.

Sebagai permulaan, koleksi itu hanya menampilkan tiga rekaan berbeza yang cukup ringkas dengan jumlah yang terhad daripada pelakon berusia 25 tahun ini.

“Ini percubaan pertama saya menceburi bisnes baju raya. Alhamdulillah, sambutannya juga memberangsangkan.

 

“Setiap rekaan juga hanya dihasilkan dalam 150 pasang dengan beberapa warna menarik. Jadi, saya mengamalkan konsep ‘siapa cepat, dia dapat’,” katanya kepada Media Hiburan.

Masih belum mempunyai butik, Ruhainies bagaimanapun selesa mempromosikan koleksinya itu menerusi pelbagai siri jelajah di seluruh negara selain menjualnya melalui online di Instagram miliknya.

IKLAN

“Selain aktif berlakon, saya juga sibuk membantu staf membuka reruai melalui siri jelajah itu. Saya juga mempromosikannya menerusi online di Instagram,” katanya yang turut berkolaborasi dengan pusat terapi kecantikan, Hannan Medispa.

Mengulas lanjut, Ruhainies berkata, bisnes ini sebagai langkah percubaan memandangkan ada individu yang menggunakan namanya dalam mengeluarkan koleksi baju raya, tahun lalu.

“Saya dapat tahu mengenai perkara ini apabila ada peminat yang bertanya sendiri dan mahu membelinya.

Kata Ruhainies, koleksi itu agak laris tetapi dia tidak pasti sama ada pakaian itu masih ada dalam pasaran kerana individu berkenaan mungkin sudah mengetahui mengenai perkara itu.

IKLAN

Ruhainies; Tidak Ambil Tindakan Undang-Undang

IKLAN

Bagaimanapun, pelakon Menantu Bilal ini enggan mengambil sebarang tindakan kepada individu tersebut selagi namanya tidak disalahgunakan sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada masyarakat.

“Biarlah, saya pun malas nak memeningkan kepala dengan masalah itu. Saya pun ada banyak kerja yang perlu dibuat. Bagi saya, itu semua rezeki masing-masing,” kata Ruhainies yang sedang sibuk di set penggambaran telefilem, Ratu Kebaya Masuk Universiti untuk RTM.

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI