Raya sakanlah Pelakon Rozita Che Wan tahun ini, maklumlah baharu sahaja menerima sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenama Haval H2 sebagai penghargaan selepas dilantik sebagai duta jenama itu Oktober lalu.

Rozita Che Wan akui tidak mengetahui harga nombor pendaftaran kereta baru miliknya, ‘RQ2174’ berjenama Haval H2, kerana bukan dia yang membelinya.

Rozita atau lebih mesra dengan gelaran Che Ta berkata, dia tidak menyangka menerima hadiah berkenaan menjelang Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Lebih menarik kereta tersebut diberikan dengan nombor pendaftaran istimewa dari Perlis, ‘RQ2174’, seakan ejaan Rozita.

IKLAN

Rozita Che Wan Dapat Hadiah Kereta Raya

“Alhamdulillah saya tidak menyangka dapat sebuah kereta dengan nombor pendaftaran nama saya sendiri. Haval bukan jenama asing bagi saya dan saya mengikuti perkembangan kereta itu sejak dilantik menjadi duta,

 

“Alhamdulillah, meriahlah raya saya tahun ini.Selain tajaan baju raya, saya juga dihadiahkan sebuah kereta baharu,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Go Auto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamil berkata, pihaknya berbangga kerana Che Ta sudi menjadi duta kepada Haval Malaysia.

IKLAN

Tambah SM Nasimuddin, pihaknya berharap pelakon drama Kiah Pekasam itu akan gembira Haval H2 dan rasai kehebatan SUV ini.

IKLAN

Kenderaan SUV keluaran China ini dijual dengan harga serendah RM89,950, termasuk GST dan insurans bagi transmisi manual, manakala varian premium bermula dari harga RM101,950.Puluhan ribu lebih murah berbanding pesaing SUV lain.

Rozita Che Wan Dapat Hadiah Kereta Raya

Che Ta menerima Haval H2 berharga RM 130, 000.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI