Baru sahaja menjengah pawagam semalam, selamat untuk MH katakan bahawa filem KL Special sememangnya menjadi filem yang dinanti oleh rakyat Malaysia.

Melalui pemerhatian MH, filem tersebut kini trending di Twitter serta mendapat respon positif oleh netizen yang sudah menonton filem tersebut.

‘Rosyam Nor Is Like Tom Cruise, Fattah Macam Jackie Chan’ Netizen Puji KL Special Force Sampai Trending!

Seorang pengguna Twitter, Aiman Achim mengatakan bahawa filem tersebut sememangya tidak dijangka.

IKLAN

“I just watched #KLSpecialForce. I’m sorry to say, Don’t want to exaggerate but no word to describe it.

“I just shed tears, for everything. It’s a great movie indeed. My message is simple, please watch it at cinema. Because it exceed my expectation,” tulisnya.

Turut menyokong merupakan pengguna Twitter, Hilmi.

“#KLSpecialForce memang lit bro! Action-packed teruk. Jalan cerita unpredictable. 9/10 gua bagi.

“Ashraff is the best villain ever. He is crazy man. Good jog, Mr Director,” tulisnya.

Bagi pengguna Twitter, Ainin K Sofea pula mengatakan bahawa KL Special Force ini filem wajib tonton.

IKLAN

“Must watch movie! This is so not your typical melayu movie. Rate 100% guarantee worth your money guys!,” tulisnya.

Dalam pada itu, MH juga lihat ada beberapa komen yang memuji lakonan Fattah Amin dan tentunya Datuk Rosyam Nor.

‘Rosyam Nor Is Like Tom Cruise, Fattah Macam Jackie Chan’ Netizen Puji KL Special Force Sampai Trending!

IKLAN

“If Rosyam Nor is like Tom Cruise then Fattah is like Jackie Chan. Love to see he jump here and there. Indeedly talented as action flick hero,” tulisnya pengguna Twitter, Mira.

Pada MH, memang kehadiran KL Special Force ini akan membawa perubahan pada industri perfileman negara. Bukan sahaja ia berbeza namun mesej-mesej yang terselit di dalamnya juga kena dengan kehidupan rakyat negara kini.

Jadi pada mereka yang belum tonton, jangan komen dulu, pergi tengok lepas tu baru komen ya!

sumber: Twitter

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI