Hebat dan berstamina itu yang boleh MH Online katakan setelah Ikon Rumah Ngaji, Datuk Rosyam Nor berjaya menyelesaikan misi menakluki Menara Kuala Lumpur dengan memanjat lebih 2,178 anak tangga menyempurnakan kemuncak simbolik kempen World #QuranHour dan Merdeka #QuranHour hari ini.

Menurutnya, walaupun umurnya kini mencecah 50 tahun, dia bersyukur kerana masih mampu melakukan misi ini tanpa ada sebarang masalah.

“Tahun lepas saya berjalan kaki sebanyak 47.2 kilometer bermula pada awal pagi selepas subuh dan kami sampai di UIA pada 5.30 petang. Hari ini walaupun agak singkat, tetapi ia juga cukup mencabar seperti sebelum kerana semakin lama semakin tinggi dan oksigen juga semakin berkurangan, tetapi disebabkan ada para medik dan ada pemantauan dari pihak KL Tower, syukur semuanya okay,” katanya di dalam sidang media selepas berjaya menyempurnakan misi.

Rosyam Nor Berjaya Daki 2178 Anak Tangga KL Tower Kurang Dari 1 jam
Tahun lepas Datuk Rosyam Nor berjaya menyelesaikan misi berjalan kaki sepanjang 47.2KM

 

Melihat kecergasan pelakon Castello ini, ramai tertanya-tanya apakah kunci dan rahsia mengekalkan stamina sepanjang pendakian.

Menurutnya walaupun pada mulanya dia agak gementar dan bimbang namun semua itu dapat dikawal sebaik sahaja mula mendaki. Apa yang penting baginya adalah semangat dan perlu ada mental yang kuat.

“Saya tahu kekuatan fizikal kami ditahap mana, kami bukan sport person tetapi kami mengambil semangat Sukan SEA dan psikologi bahawa untuk mendaki kita mempunyai tenaga tetapi mungkin keadaan fizikal akan menjadi ketat (menghalang) dan sekiranya terjadi, kita perlu berhenti seketika sekurang-kurangnya satu minit.

 

“Jadi saya mengambil masa tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, sebaliknya kami mendaki dalam kesederhanaan mengikut konsep islam.

 

“Sebenarnya kalau ikutkan saya juga sudah mula rasa agak ketat (tegang) di bahagian paha dan betis tetapi support daripada rakan-rakan yang mengingatkan saya, saya boleh lakukan jadi Alhamdulillah akhirnya kami sampai,” jelasnya lagi.

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 20 August 2017

Malah Rosyam turut akui melihat beberapa media yang gigih mendukung kamera sepanjang pendakian juga turut memberi semangat dan inspirasi padanya untuk teruskan misi.

“Ya betul, bila tengok jurukamera mendaki laju daripada kami buat saya terfikir dia bawa kamera boleh laju, saya bawa badan tak kan tak boleh.

 

“Tetapi perlu ingatlah umur dia berapa dan umur saya berapa. Saya dah setengah abad masuk 50 tahun, jadi bila boleh naik kira Alhamdulillah,” jawabnya secara jenaka.

Rosyam Nor Berjaya Daki 2178 Anak Tangga KL Tower Kurang Dari 1 jam

IKLAN

Dalam masa yang sama, Rosyam turut memberitahu mendaki tangga bukanlah sesuatu yang mudah seperti dibayangkan tetapi setiap langkah yang diambil membuatkan dia mengingat kembali kepayahan Nabi dalam menyebarkan agama Islam.

“Bila kita naik tangga demi tangga, pada awalnya agak mudah tetapi bila sudah hampir sampai pertengahan dan penghujungnya ia menjadi satu kesukaran.

 

“Kami bukanlah ahli sukan, tetapi di situlah terbenak dalam hati saya bagaimana Rasullullah dari Mekah ke Madinah dan diikuti para sahabat mengajak seluruh umat dunia untuk memeluk Islam.

 

“Kesukaran yang saya lalui tadi itu satu bentuk yang begitu kecil, tetapi ia membuatkan saya terbayang kesusahan yang Rasul dan sahabat-sahabatnya lalui dalam mengembangkan ajaran Islam.

 

“Jadi ini adalah satu saham untuk kita semua,” katanya lagi.

Apa pun Datuk Rosyam memang steady lah!

 

#QuranHour Berjaya

IKLAN

Seawal jam 9 pagi, peserta pendaki dan rakan sinergi media seperti Astro, Bernama, RTM, Utusan, NSTP, Tv Alhijrah, Media Prima telah berkumpul dan bersemangat untuk melaksanakan misi Pendakian Menara Kuala Lumpur Climb for #QuranHour.

Rosyam Nor Berjaya Daki 2178 Anak Tangga KL Tower Kurang Dari 1 jam

Misi ini merupakan simbolik membina momentum ke arah kemuncak kempen World #QuranHour dan Merdeka #QuranHour yang berlangsung pada 31 Ogos akan datang.

Pendaki Solo Negara yang juga mewakili Utusan Malaysia, Mohd Noor Amin dan wakil dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) turut hadir menghangatkan lagi misi pendakian ini.

IKLAN

Sebelum pendakian bermula, para peserta diminta untuk memeriksa tahap kesihatan demi menjaga keselamatan masing-masing.

Bermula dengan bacaan doa dan sesi Ibrah & Tadabbur dengan berinteraksi al-Quran, Surah Yasin oleh pemegang Amanah Yayasan Warisan Unmah Ikhlas serta penyerahan panji Quran Hour, Jalur Gemilang serta al-Quran oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Karangkraf, Syamil Fahim Mohd Fahim bersama Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan, misi ini dimulakan dengan laungan takbir dan selawat sepanjang pendakian.

Setibanya di kemuncak Sky Deck, peserta Climb for #QuranHour, yang diwakili oleh Ikon Rumah Ngaji, Datuk Rosyam Nor ditamatkan dengan penyerahan semula al-Quran, panji World #QuranHour / Merdeka #QuranHour dan Jalur Gemilang kepada Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad.

Malah laungan azan dan bacaan doa selamat turut dilakukan sebagai penutup misi. Azara yang penuh simbolik ini turut di siarkan secara langsung oleh Sinergi Media dan dikongsikan di laman media sosial.

Orang ramai dijemput untuk memeriahkan lagi sambutan program World #QuranHour yang akan diadakan pada 9 Zulhijah 1438H di lokasi perdana, Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak. Manakala untuk program Merdeka #QuranHour pula sempena sambutan Hari Merdeka ke-60 bakal diadakan pada tarikh yang sama, jam 8 – 11 malam.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI