Nama pelakon wanita, Rosnah Mat Aris memang tidak asing lagi di dalam industri seni tanah air yang terkenal dengan lakonan-lakonannya yang sangat berbakat. Tidak kira watak apa sahaja yang diberikan kepadanya pasti watak itu akan berjaya dilakonkan dengan baik olehnya.

Namun sudah agak lama kita tidak melihat kemunculan Rosnah di kaca TV sehingga ada pihak yang mendakwa Rosnah sudah bersara daripada bidang seni.

Walau bagaimanapun, Rosnah menafikan yang dia sudah bersara daripada industri seni kerana bagi dirinya, bidang seni sudah sebati dengan dirinya.

IKLAN

“Sebenarnya, saya berehat selama setahun dari bidang lakonan kerana membantu suami mengusahakan perniagaan tudung untuk menyara kehidupan kami sekeluarga.

“Suami juga membekalkan tudung keluaran kami kepada pelanggan ke seluruh tanah air. Alhamdulilah, sambutan daripada pelanggan juga menggalakkan,” katanya.

Rosnah berkata lagi, suaminya berpesan agar tidak menghilang terlalu lama kerana pasti ada peminat yang akan merinduinya.

“Apabila saya berehat seketika dalam bidang lakonan, ramai yang menghubungi saya dan bertanya ke mana saya menghilang? Suami juga mengingatkan saya tidak boleh menghilang lama dalam bidang seni kerana ramai peminat yang merindui kemunculan di TV,” katanya.

Bagi Rosnah juga dia tidak pernah terlintas untuk meninggalkan bidang seni ini.

IKLAN

“Saya akan terus berlakon selagi masih bernafas. Selagi kesihatan mengizinkan dan fikiran masih waras, saya akan terus berlakon,” jelasnya.

Menurut Rosnah lagi, dia bersyukur kerana tawaran lakonan tidak pernah putus ketika ini dan yang terkini dia baru sahaja selesai penggambaran untuk drama di bawah arahan Suhaimi Lua.

Tidak sabar rasanya untuk menantikan kemunculan Rosnah di kaca TV semula. Pastinya ramai peminat yang ternanti-nantikan lakonan hebatnya.

IKLAN

Sumber: Harian Metro

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI