Select Page

Sudah kebiasaan setiap kali menjelangnya bulan Ramadan tentu akan ada bazar Ramadan di merata tempat yang menghidangkan pelbagai jenis juadah untuk dijamu ketika waktu berbuka.

Namun ada segelintir penjual yang mungkin tidak sengaja dan tak perasan tentang kualiti makanan yang dijual oleh mereka.

Selebriti terkenal, Roslan Shah telah berkongsi luahan hatinya di laman facebook miliknya tentang makanan yang dibeli di bazar Ramadan.
 
Sempat juga beliau menegur dengan cara yang baik kepada seluruh peniaga-peniaga yang berjualan di bazar Ramadan untuk menjaga kualiti makanan mereka agar dapat mengelakkan pembeli daripada jatuh sakit selepas memakan makanan yang sudah tidak elok.

Tak semuanya peniaga yang salah kadang kadang peniaga ambil dengan supplier….yang penting kalau tidak laku dan tak habis jangan simpan dan buat jual…..kita kena tgk teliti dengan kueh kueh boleh di jual atau tidak dan jangan sekadar ingin mencari untung…. bahaya kalau kita kasi orang makan dan menjualnya….Cik lan nak makan tadi jam 11 mlm tiba tiba mata memandang mcm ada sesuatu kueh tepong gomak di atas kueh itu….selamat cik lan tak makan terus….tapi bila fikirkan kesian dengan cara sesetengah peniaga sanggup jual kueh yang sudah berkulat atau mereka tidak perasan…di Bulan puasa ini cik lan akan tegur cara yang baik dan jumpa dengan sendiri personal dan serta cik lan akan tunjuk kueh ini kepadanya….kita tak tahu siapa yang salah….yang penting kita membantu peniaga peniaga melayu…..tetapi kepada semua pembeli sebelum makan kita kena double check dulu ya…..kesian takut mereka boleh jatuh sakit perut serta boleh menjadi maut gara gara makanan yang kita beli itu sudah tidak boleh di makan……ikhlas daripada Roslan Shah….Cik lan mohon maaf teguran ini ya bukan mahu aibkan dengan sesiapa yang menjual kueh ini….Ini cuma teguran utk membina bukan utk menjatuhkan….Salam Ramadhan yang ke 12 hari…..aminnnn

Posted by Roslan Shah on 6hb Jun 2017

“Tak semuanya peniaga yang salah kadang kadang peniaga ambil dengan supplier….yang penting kalau tidak laku dan tak habis jangan simpan dan buat jual…..kita kena tgk teliti dengan kueh kueh boleh di jual atau tidak dan jangan sekadar ingin mencari untung…. bahaya kalau kita kasi orang makan dan menjualnya….Cik lan nak makan tadi jam 11 mlm tiba tiba mata memandang mcm ada sesuatu kueh tepong gomak di atas kueh itu….selamat cik lan tak makan terus….tapi bila fikirkan kesian dengan cara sesetengah peniaga sanggup jual kueh yang sudah berkulat atau mereka tidak perasan…di Bulan puasa ini cik lan akan tegur cara yang baik dan jumpa dengan sendiri personal dan serta cik lan akan tunjuk kueh ini kepadanya….kita tak tahu siapa yang salah….yang penting kita membantu peniaga peniaga melayu…..tetapi kepada semua pembeli sebelum makan kita kena double check dulu ya…..kesian takut mereka boleh jatuh sakit perut serta boleh menjadi maut gara gara makanan yang kita beli itu sudah tidak boleh di makan……ikhlas daripada Roslan Shah….Cik lan mohon maaf teguran ini ya bukan mahu aibkan dengan sesiapa yang menjual kueh ini….Ini cuma teguran utk membina bukan utk
menjatuhkan….Salam Ramadhan yang ke 12 hari…..aminnnn,” tulis kapsyen facebooknya.

Ada kebenaran di dalam ayat-ayat Roslan itu dan semoga kejadian ini akan menjadi iktibar kepada peniaga-peniaga yang menjual hidangan untuk pembeli berbuka.
Sumber: Facebook Roslan Shah

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official

Comments

error: