Wow nampaknya gitaris kumpulan Kristal, Rody telah menemui cinta baru. Baru- baru ini dilihat dia telah melamar cinta hatinya, penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Niena Azman.

Menerusi entri terbaru di Instagram gitaris itu, dia memuat naik gambar bersama Niena atau nama sebenarnya, Nur Izwani Azman.

“Jika saya ingin mencintai awak @niena_azmann… Adakah awak akan menerimanya? Kalau terima, please repost! #brocuba #kisahkita,” tulis Rody.

Rody Kristal Lamar Penjaga Gol, Niena

Untunglah lamaran secara sempoi yang dilakukan Rody atau Mohd Rodi Baharudin, 31 itu disambut baik oleh Niena.

IKLAN

Penjaga gol itu juga telah mengulang siar kembali gambar yang dimuat naik Rody di Instagram miliknya dan menulis kapsyen,

“Bila rockers suka… Dia buat sweet pula… Peluang datang sekali macam sepak penalti, kalau masuk menang… Kalau saya tepis awk kalah… Training betul-betul!” tulis Niena.

Rody Kristal Lamar Penjaga Gol, Niena

Rata-rata peminat menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh Rody sangat romantis dan sempoi.

IKLAN

Dalam pada itu, ruangan komen akaun Instagram pasangan itu dibanjiri dengan ucapan tahniah termasuk rakan artis.

Menurut gitaris itu, dia sudah enam bulan berkenalan dengan Niena dan dia telab melamar kekasihnya itu menerusi laman sosial Instagram miliknya pada Khamis semalam dan merancang untuk menghantar rombongan meminang dalam masa terdekat.

IKLAN

Dalam pada itu, Rody berkata, dia akan mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

Sempoi je lamaran Rody, tak perlu jambangan bunga atau coklat. MH Online ucapkan tahniah buat pasangan ini.

  
Rody Kristal Lamar Penjaga Gol, Niena

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI