Jika kebanyakan selebriti sibuk membawa anak-anak ke bazar Ramadan dan melihat kemeriahan lambakan pelbagai juadah berbuka puasa, lain pula ceritanya dengan pelakon wanita berperwatakan lembut Rita Rudaini.

Akui Rita, dia tidak pernah membawa anaknya Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna yang berusia lapan dan enam tahun itu ke bazar kerana fikir usia anaknya masih belum sesuai untuk dibawa ke tempat ramai orang seperti itu.

“Saya teringin nak bawa anak-anak ke bazar bagi memperkenalkan mereka keseronokan bulan Ramadan di mana pelbagai makanan dijual di situ. Mungkin jika mereka sudah besar sikit baru saya berani bawa mereka,” katanya.

IKLAN

Tambah Rita lagi, dia benar-benar memandang serius terhadap keselamatan anaknya maklumlah bukan senang untuk menjaga dua orang anak yang sedang aktif tanpa bantuan orang lain.

Rita Rudaini Tak Bawa Anak Pergi Bazar

IKLAN

“Mereka tidak pernah ada pengalaman itu, bukan kerana saya tidak mahu bawa tetapi bimbang keselamatan memandangkan bazar ramai orang dan saya tiada pembantu untuk mengawal mereka,” katanya kepada mStar Online.

IKLAN

Lain orang, lain caranya. Rita ibu tunggal yang punyai dua anak ini berkongsi akan membawa anaknya ke bazar apabila mereka sudah besar dan lebih mudah dikawal. Katanya dia terlalu risaukan keselamatan anaknya itu dan enggan pekara yang tidak diingini menimpa anaknya.

Tetapi ada benarnya juga kata Rita, ibu mana yang tidak risaukan keselamatan anak bukan?Llagi pula kes penculikan berleluasa. Lebih baik mencegah sebelum terjadi kan?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI