Wah mesti seronok dapat pilih sendiri hero untuk bergandingan bersama dalam drama, filem atau telemovie. Bertuah sungguh pelakon wanita, Rita Rudaini kerana telah diberi peluang ini.

Berita ini dikongsi sendiri oleh Rita menerusi akaun Instagramnya dan pada perkongsian tersebut terlihat satu gambar screenshot status yang dimuatnaik oleh pengarah syarikat Zeel Production, Fadzil Teh di akaun Facebooknya yang telah memberikan Rita peluang tersebut.

A post shared by @ritrud727 on

“Sapa kata artis muda hot aje yg boleh pilih hero , ni zeel production bagi peluang rita Real Rita Rudaini untuk memilih hero untuk berganding dgnnya dalam sebuah telemovie khas yg akan shooting di Bali oktober ini. Any cadangan tuan president Rita Rudaini???? #makeeveryonedreamcometrue.,” tulis status Fadzil Teh yang dikongsi oleh Rita di Instagaramnya.

Rita Rudaini Diberi Peluang Pilih Pasangan Hero

Menerusi ruang kapsyen Rita pula, dia meminta pertolongan daripada pengikutnya untuk memberikan cadangan siapakah yang harus dipilihnya untuk menjadi hero yang akan digandingkan bersamanya nanti.

IKLAN

“Yang Mulia @hj.zil mintak cadangan tuuuu….korang bole tolong x ?,” tulis kapsyenya.

Rita Rudaini Diberi Peluang Pilih Pasangan Hero

Rata-rata pengikut Rita telah menyebut banyak nama selebriti lelaki untuk menjadi heronya nanti berserta sebab kenapa pelakon lelaki itu harus dipilih.

nurzarrabatrisya86: @zul_ariffin la..sbb dia blh brlkon romantik..mnjdi sgt..x pun ambil la hero muda sikit @shukriyahaya ..dia org ni blh jd suami yg romantik n psycho..

IKLAN

yhmamahh: Shukri yahya @ritrud727 @hj.zil pelakon lelaki yg x kayu…

anotedora: Engku ismail kalau berlakon nampak romantik dan manja. Suka tgk watak yg beliau bawak.

lehaissosweet8818: ambik lah beto blakon weh…. dua2 blakon power…. pls2 teringin weh nak tgk hmpa….

IKLAN

Rita Rudaini Diberi Peluang Pilih Pasangan Hero

Nampaknya banyak nama yang telah dicadangkan, jadi kita tunggu dan lihatlah nanti siapa yang akan terpilih menjadi hero Rita dalam telemovie tersebut.

Apapun lakonan Rita sentiasa memberikan impak yang besar kepada penonton kerana dia memang mempunyai bakat yang hebat dalam bidang lakonan dan pastinya sesiapa sahaja yang menjadi gandingannya akan turut menyerlah seperti Rita juga.

Sumber: Instagram Rita Rudaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI