Ada yang kata bersenam ketika sedang hamil itu bagus namun ada juga segelintir pihak yang mengatakan ianya sedikit berbahaya untuk kandungan. Namun itu semua bergantung kepada tahap ketahanan badan seseorang itu.

Pastinya semua sudah sedia maklum yang pelakon cantik, Fouziah Gous kini sedang hamil bayi keduanya.

Terbaru, Fouziah telah berkongsi sebuah video senamannya yang menimbulkan rasa bimbang peminat terhadap kandungannya.

Senaman yang dilakukan oleh Fouziah itu menggunakan tali ‘skipping’ yang memerlukan dia melompat.

Terlihat di dalam video tersebut kaki Fouziah beberapa kali telah tersangkut pada tali skipping itu. Memang seriau bila kita melihat situasi itu.

IKLAN

Rata-rata netizen telah meluahkan rasa risau mereka di ruangan komen yang meminta agar dirinya berhati-hati dalam melakukan senaman.

zahirahcomel: hati2… takut baby x kuat dlm kandungan… saya yg x senamann pun boleh gugur masa kandungan 7 bulan.. sekadar nasihat dan ingatan

n.aziratahir: Boleh buat ke lompat2 cm tu…takutnyaaa

haidziro: Aduh… Kita yg senak perut tgk….. Kikiki… Take care sis…

IKLAN

nour.aien28: Xbahaye utk baby ke lompat2 tu@fouziahgous

Baca juga: Bila Nak Tunjuk Jantina? – Fouziah Gous

Namun ada juga segelintir yang berkata sebagai seorang ibu pastinya Fouziah sudah membuat kaji selidik terlebih awal sebelum melakukan senaman itu.

nineychong: She is an adult and a mother she knows very well what will harm her baby or not. Please do your research before giving discouraging comments.

IKLAN

dhamiraaziz: Senang cite. Ikut keupayaan masing2. Paling penting consult doc dulu. Ramai je org bersenam waktu preggy

carboflex_terengganu: Poja mesti dh dptkan nasihat seblm.dia bt apa2.. Lg pon badan poja slim.. Xde hal in syaa Allah… Dia mampu…so why not kan? All the best poja!

Tentunya dalam setiap yang dilakukan oleh Fouziah pasti dia telah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu tentang apa senaman yang boleh dilakukan olehnya ketika hamil.

Apapun buat Fouziah, diharap sentiasa berhati-hati dalam melakukan sebarang senaman dan semoga kandungan sihat sehingga saat melahirkan.

Sumber: Instagram Fouziah Gous

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI