Baru-baru ini pelakon lelaki yang sering membawakan watak hero tidak kira di dalam drama mahupun filem, Remy Ishak telah memuat naik satu status di akaun twitternya.

“takpelah, biarlah dia ‘berdrama’ kat luar tu kononnya cinta lokasi,dia nak raih populariti mcm mana sekalipun lantak la, asalkan dia happy,” tulis statusnya

Remy Ishak Perli #fattzura?

Kalau difahamkan setiap patah ayat yang Remy tulis itu, seolah-olah ditujukan kepada seseorang tetapi siapakah orang itu, tidak pula dinyatakan secara jelas.

Namun mereka yang membaca telah membuat kesimpulan sendiri bahawa status Remy itu ditujukan kepada dua orang pelakon yang hangat dengan drama Hero Seorang Cinderella, Fattah Amin dan Fazura atau lebih terkenal dengan #Fattzura.

Itu adalah anggapan peminat, bukannya Remy.

Satu lagi status yang dimuat naik oleh Remy berbunyi,

IKLAN

“Orang kita pun memang suka hidup dalam fantasi ni. dari dalam skrin, sampai ke luar. amiklah kau, terpesona katanya hehehe!,” tulis kapsyennya lagi.

Remy Ishak Perli #fattzura?

Walaupun Remy tidak menyebut mana-mana nama namun status ini telah mengundang kemarahan peminat setia #fattzura yang mungkin terasa.

Status Remy ini telah mendapat perhatian daripada netizen dan tidak ketinggalan juga dengan kecaman daripada peminat-peminat setia #Fattzura.

IKLAN

Rata-rata peminat #Fattzura telah memberikan komen yang kurang sedap didengar kepada Remy.

Remy Ishak Perli #fattzura?
Namun ada juga yang menyokong kata-kata Remy itu.

Remy Ishak Perli #fattzura?

IKLAN

Remy Ishak Perli #fattzura?

Remy Ishak Perli #fattzura?

Pun begitu, Remy menulis secara umum, tidak tujukan kepada sesiapa.

Sumber: Twitter Remy Ishak

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI