Alhamdulillah, minggu ni banyak betul benda-benda gembira berlaku di kalangan seleberiti tempatan.

Ada yang berjaya mencapai kejayaan, ada yang berkahwin, dan tidak ketinggalan juga yang menyambut kehadiran orang baru dalam kehidupan!

Jika baru-baru ini MH ada berkongsi Azwan Kombos dan pasangan Ezatty Abdullah selamat menimang cahaya mata perempuan, kali ini pelakon jelita Ramona Zamzam juga berkongsi berita gembira yang sama.

Ramona Zamzam Timang Cahaya Mata Perempuan!

IKLAN

Melalui akaun Instagramnya, Ramona mengesahkan dia selamat melahirkan anak sulungnya Jumaat lalu secara normal dengan berat 3kg.

Cantik betul tarikh hari lahir anak Ramona 7/12/2017 kan? Apapun Ramona sempat berterima kasih pada semua orang terutamanya ahli keluarganya serta peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dirinya bersama suami dan kini anak.

IKLAN

IKLAN

“Syukur Alhamdulillah both mommy & baby are in good health. Terima kasih pada semua yang tak henti-henti berdoa utk Ramona & baby. For this love will last an eternity and will not fade, #babyalashkar #raminasbaby,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Apapun MH doakan yang terbaik dan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI