Selepas 20 tahun penghasilan novel Tombiruo, penulis, Ramlee Awang Murshid, kini boleh tersenyum lega menyaksikan naskhahnya itu di layar perak.

Lebih menggembirakan, filem arahan Seth Larney bersama pengarah bersekutu, Nasir Jani itu mendapat sambutan hangat daripada peminat filem tempatan apabila berjaya mengutip lebih RM4 juta dalam tempoh tujuh hari tayangan sejak 12 Oktober lalu.

Ramlee berkata, dia berasa lega apabila Tombiruo mendapat sokongan daripada rakyat Malaysia.

“Ini merupakan novel pertama saya yang diadaptasi dan walaupun genre filem ini berbeza, namun Alhamdulillah ia mendapat sambutan yang baik daripada audiens.

 

“Justeru dengan rendah hati, saya berharap, orang ramai yang belum menonton akan turun ke panggung bersama keluarga untuk menikmati karya ini,” katanya.

Beliau berkata, jika diberi peluang pada masa akan datang. beliau berhasrat untuk membuat sesuatu yang lebih baik khususnya untuk peminatnya.

IKLAN

Ramlee Awang Murshid Harap Sokongan Berterusan

Dalam pada itu, menerusi satu temu bual bersama Sinar Harian sebelum ini, Ramlee meluahkan rasa puas hatinya melihat hasil filem itu.

IKLAN

Katanya, filem tersebut secara tidak langsung membantu merealisasikan impian pembaca setianya yang mahu melihat tulisannya ke layar perak.

IKLAN

“Saya terlibat dengan proses pembikinan filem ini sejak hari pertama lagi.

 

“Pujian harus diberikan kepada seluruh tenaga produksi yang terlibat, bersusah payah untuk memastikan filem ini dapat dihasilkan dengan baik,” katanya yang turut berpuas hati dengan mutu persembahan para pelakonnya.

Tombiruo: Penunggu Rimba menyaksikan gabungan empat syarikat iaitu Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf dan Layar Sunan berkolaborasi buat kali pertama selaku penerbit.

Teks oleh: Wartawan Sinar Harian

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI