Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hari Raya Takkan Sama Lagi…,” – Sempat Bergurau Sebelum Ke London, Ibu Reda Pemergian Fiza Kamarudin
Ibu kepada wartawan yang meninggal dunia di London, United Kingdom, Fiza Kamarudin iaitu Siti Nooriah Hasan berkongsi momen-momen terakhir sebelum anaknya itu menghembuskan nafas yang terakhir.
Menurut Nooriah, dia sempat berhubung dengan Allahyarham Fiza sebelum dia pergi buat selama-lamanya.
“Sehari sebelum meninggal dunia, kami ada berhubung. Dia buat panggilan video dan pada ketika itu dia masih boleh respon. Dia pun ada panggil saya.
“Keesokkannya dia telefon lagi tapi hanya tangannya bergerak lagi. Kami pun ajar mengucap sebab dia nampak dalam keadaan nazak nak bernafas pun susah,” katanya.
Nooriah berkata sedemikian ketika ditemui di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Sementara itu, Nooriah reda meskipun meskipun tidak berkesempatan untuk bertemu dengan anaknya itu buat terakhir kali.
“Sesiapa pun akan rasa terkilan tapi saya reda. Pada saya, kalau kebumikan di sana pun tak mengapa. Suaminya minta izin kepada saya untuk bawa jenazah pulang. Saya kata terpulanglah.
“Sekarang saya sudah boleh terima,” ujarnya lagi.
Tambah Nooriah lagi, Allahyaham Fiza sempat bergurau mengenai pemergiannya sebelum berangkat ke London.
“Sebelum di bertolak ke London, saya tinggal di rumahnya selama dua minggu. Saya datang untuk bantu jaga keluarga.
Sehari sebelum berlepas, dia ada bergurau. Dia ada bagitahu yang dia rasa nak mati. Kemudian saya kata, orang sakit tak semestinya mati. Orang sakit akan cepat sihat.
“Selepas itu, dia ada bagitahu adiknya yang dia nak pindah duduk rumah saya. Katanya dah bosan duduk rumah sendiri. Siap nak pindahkan anak sekolah dan bergurau nak beli rumah saya,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Nooriah turut menyifatkan sambutan Syawal pada tahun ini pasti berbeza selepas pemergian anaknya itu.
“Kalau hari raya dia akan kemas rumah saya dahulu. Dia tak bagi adik beradik dia buat. Katanya tak cantik. Setiap tahun begitu.
“Apa yang dia suka makan, dia akan belanja saya. Ada kedai sedap, dia mesti nak bawa saya,” akhirinya.
Sekadari info, Fiza disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak di Hospital Charing Cross, London, UK pada 28 Disember jam 6.30 petang waktu tempatan atau 11.30 malam waktu Malaysia
Fiza dilaporkan kritikal selepas tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London.
Fiza yang juga wartawan di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media sebelum ini terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London.
Jenazah Fiza disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan, Raudhatul Sakinah pada Sabtu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri Rupanya Belum Hamil Anak Sulung, Remy Ishak Jawab Spekulasi – “Tak Ada Isi Lagi, Belum Ada Rezeki.”
Aktor Remy Ishak tampil memberikan penjelasan berhubung dakwaan sesentengah pihak yang meneka bahawa isterinya, Ezza Yusof kini sedang hamil cahaya mata pertama.
Remy berkata, spekulasi tersebut adalah tidak benar dan mereka belum dikurniakan rezeki bakal timang zuriat.
“Hari tu masa orang ramai kecoh-kecoh fasal isteri saya (dakwaan hamil), bila dapat tahu kami tergelak-gelak bila baca balik komen-komen yang ditinggalkan.
“Disebabkan sekeping gambar sahaja, orang terus buat spekulasi. Saya gelak bukan sebab apa, tapi isteri saya ni dia kuat makan jadi perut dia buncit sikit.
“Bila saya cakap (badan berisi), dia kata tidak, bukan fasal perut tapi sebab baju yang dia pakai bersaiz besar.
“Tak ada isi lagi, belum ada rezeki lagi. Jadi tunggu lah nanti kalau ada rezeki mungkin tahun depan, InsyaAllah,” katanya sambil meminta doa yang baik-baik dari semua pihak.
Terdahulu, dakwaan itu timbul susulan sekeping foto yang dimuat naik oleh isterinya di laman media sosial Instagram, baru -baru ini sekaligus membuatkan ramai berteka-teki.
Dalam pada itu, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak berkata dia dan isteri buat masa sekarang tidak terlalu memikirkan soal berkenaan meski tidak menolak rezeki.
“Kami berdua pun sibuk dengan karier masing-masing, macam isteri saya tengah fokus dengan perniagaan dia. Tambahan pula, isteri optimis mahu tingkatkan jualan sempena Ramadan ni dan sebagainya.
“Macam saya pula sibuk dengan penggambaran drama dan beberapa projek khas, jadi kami tidak terfikir ke arah itu lagi setakat ini.
“Tapi bohong lah kalau kata tak ada rasa nak ada anak, sudah semestinya perasaan itu wujud,” katanya lagi.
Remy berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama rantaian terbaru, Jangan Menangis Cinta, pada Isnin.
Menerusi drama berkenaan, Remy digandingkan bersama pelakon Amyra Rosli di dalam siri yang diadatasi novel karya hasilan Siti Rosmizah.
Jangan Menangis Cinta bakal ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MEGADRAMA, saluran Astro RIA, mulai 21 Mac depan.
Untuk rekod, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga bersama pada 21 Ogos tahun lalu.
Foto: Instagram Remy Ishak
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isteri, Ulama Indonesia Mohon UAI Cepat Sembuh, Kini Jalani Pembedahan Di Bahagian Siku
Penceramah terkenal Ustaz Azhar Idrus (UAI) berdepan dengan musibah apabila dia ditimpa kemalangan jatuh basikal beberapa hari lalu.
Ekoran kejadian itu, Azhar terpaksa menjalani pembedahan bagi menyambung tulang lengan pada bahagian atas sikunya di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Terengganu bagi memulihkan kembali struktur tulang yang patah.
Lantas, netizen mendoakan agar Azhar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.
Dalam pada itu, dua orang sahabat Azhar yang merupakan penceramah dari Acheh, Indonesia iaitu Ustaz Abdul Somad dan Dr. Amri turut menitip ucapan buat Azhar.
“Saya kini bersama Dr. Amri, iaitu seorang Doktor Akidah Falsafah dari Universiti Al-Azhar. Ustaz Amri dari Acheh.
“Kita dapat khabar bahawa sahabat kita iaitu Ustaz Azhar dari Terengganu, Malaysia sakit.
“Jadi mari sama-sama kita doakan untuknya,” doa mereka.
Ucapan dan doa dari Ustadz Abdul Somad agar Ustaz Azhar Idrus kembali sihat.- Admin
Posted by Ustaz Azhar Idrus ( Original ) on Tuesday, November 5, 2019
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 800 perkongsian, 300 komen dan 5,000 respon terhadap perkongsian video tersebut.
Sementara itu, isteri Azhar iaitu Rogayah Sulong reda dengan ujian Yang Maha Esa ekoran kejadian yang menimpa suaminya.
“Assalamualaikum…
Terima kasih pada semua yang mendoakan ustaz.
“InsyaAllah pagi ini ustaz akan menjalani pembedahan di bahagian siku. Sama sama kita doakan agar dipermudahkan urusan ini.
“Buat masa ini doktor sarankan ustaz berehat sepenuhnya dan tidak menerima sebarang kunjungan untuk menziarahi sehingga keadaan mengizinkan.
“Semua kuliah ustaz ditangguhkan sehingga diberitahu kemudian. Moga Allah beri kesembuhan kpd ustaz dgn sebaik2 kesembuhan.Insya Allah,” tulisnya di Facebook.
Difahamkan, basikal yang ditunggang Azhar tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan penceramah itu terpelanting ketika menyertai kayuhan santai bersama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah di sekitar bandar Kuala Terengganu pada 4 November lalu.
Foto: Facebook UAI, Ustadz Abdul Somad, Rogayah Sulong
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI