Sejak kebelakangan ini, ramai netizen mahupun artis sendiri menyelar pendatang baru terutamanya pelakon senior yang semakin lantang mengkritik pelakon baru yang disifatkan kayu dan tidak berbakat.

Kini, kalau diperhatikan di laman sosial, memang ramai pelakon yang berasakan lakonan mereka gred A sering kali memerli dan mengkritik pelakon-pelakon baru yang semakin hari semakin mendapat perhatian penonton drama Melayu walaupun lakonan mereka kayu.

Admin contohkan Fattah Amin yang dilabel ‘kayu’ tetapi sifat Fattah yang tidak cepat melatah dan tidak pernah sekali pun melihat aktor kacak itu memuatnaik statement yang dia berkecil hati atau pun marah. Sehinggakan jika di ‘google’ kayu paling popular, wajah Fattah Amin akan terpapar.

Meskipun dikecam, ianya tidak melunturkan semangat Fattah untuk terus kekal dalam industri tanah air. Berbekalkan wajah yang tampan dan tinggi lampai merupakan pakej yang cukup buat Fattah untuk terus diminati.

Menurut Fattah ‘You don’t get what you wish for, you get what you work hard for’. Apa yang diimpikan,seharusnya kita cuba bekerja keras untuk dapatkannya, bukan untuk dicemburui bukan?

Ramai Yang Kutuk, Tapi Fattah Amin Tetap Tenang

IKLAN

Satu sikap yang Fattah dapat dibanggakan dengan keberaniannya mencuba pelbagai bidang. Lakonan, nyayian mahupun penulis buku? Nampak biasa-biasa sahaja bukunya tetapi telah dinobatkan sebagai Buku Paling Popular di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017.

Walaupun dikutuk dan dikecam, Fattah terus mewarnai drama-drama di layar tv. Ada sahaja muka Fattah dalam drama baru. Populariti Fattah terus melonjak naik mendominasi kebanyakan anugerah di Malaysia.

Ramai Yang Kutuk, Tapi Fattah Amin Tetap Tenang

IKLAN

Menjadi duta untuk beberapa jenama seperti OPPO, Oli Candy, dan beberapa jenama baju yang lain juga satu flatform yang dicemburui oleh rakan artis yang lain. Murah rezeki orang yang bersabar mungkin?

Ramai Yang Kutuk, Tapi Fattah Amin Tetap Tenang

Jika sama-sama ingin berjaya di dalam lakonan tanah air rasanya tidak perlu isu sindir menyindir, sebaliknya cuba menggembangkan lagi lakonan masing-masing dengan mencuba pelbagai watak yang ditawarkan. Pasti dari situ pelakon kayu itu bertukar menjadi bintang pujaan ramai.

Bak kata Aziz M.Osman, cuma mampu senyum pelakon lama kutuk pelakon baru. Padahal dulu dia pun sama…

IKLAN

 

Ramai Yang Kutuk, Tapi Fattah Amin Tetap Tenang

Ramai Yang Kutuk, Tapi Fattah Amin Tetap Tenang

Ramai Yang Kutuk, Tapi Fattah Amin Tetap Tenang

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI