Select Page
  • 1
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    1
    Share

Mungkin ramai yang berfikir dunia hiburan ini adalah untuk hiburan semata-mata dan tidak mementingkan sudut akademik. Mungkin ada juga yang menganggap selebriti yang menceburi dunia hiburan ini tidak mempunyai kelulusan yang tinggi.

Bukan semua selebriti itu tidak mempunyai pendidikan tinggi sebaliknya mereka mungkin lebih pandai dan bijak dari korang, cuma korang sahaja yang tak tahu.

Kalau tak percaya, jom MH kongsikan empat artis Korea yang mempunyai pendidikan tinggi.

 

1. Song Joong Ki

Pelakon lelaki ini merupakan bekas pelajar dalam bidang pengurusan bisnes dari Sungkyunkwan University.

 

2. Lee Seung Gi

Siapa sangka penyanyi ini mempunyai keputusan yang sangat cemerlang ketika di universtiti dahulu. Dia mempunyai kelulusan dalam bidang komunikasi antarabangsa dari Dongguk University.

 

3. Kim Tae Hee

Pelakon wanita popular ini yang merupaka isteri kepada pelakon lelaki pujaan ramai wanita, Rain juga merupakan seorang yang berpendidikan tinggi. Dia mempunyai kelulusan dalam bidang fesyen dari Seoul National University.

 

4. Kang Dong Won

Bukan sahaja mempunyai bakat dalam lakonan namun pelakon lelaki popular ini juga merupakan pelajar dari Hanyang University dan mengambil jurusan mesin teknikal.

Sumber: Kisah Dunia

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: