Select Page
  • 596
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    596
    Shares

Lagu ‘Jampi’ nyanyian Hael Husaini banyak dinyanyikan orang ramai namun sejauh mana masyarakat memahami lirik dan bait sebenar lagu tersebut?

MH sendiri menyukai lagu tersebut namun tidak pernah terfikir bahawa ia sebenarnya mempunyai makna yang sangat ‘deep’.

Dalam program ‘Gema Gegar Vaganza 2’ (GGV2) minggu ketiga menyaksikan pasangan adik-beradik Heliza dan Hazwani Helmi menyampaikan lagu ‘Jampi’ sebagai tugasan mingguan mereka.

Perkara pertama terlintas di fikiran MH adalah, apa kena mengena lagu ‘Jampi’ dengan dakwah Islamik? Namun begitu, saat menyaksikan persembahan mereka, MH sendiri bagai sudah dijampi.

Dalam kesempatan MH menemu bual, Heliza dan Hazwani di belakang pentas, mereka menjelaskan interpretasi terhadap lagu tersebut.

“Semua idea datang daripada ALLAH SWT sendiri, kalau kita lihat di dunia ini memang ramai orang terjampi dengan dunia, harta, pangkat dan juga wanita. Kalau solat pun selalu di akhir waktu dan sebagainya.

“Oleh itu, kami ingin bawakan keadaan sebenar ini dalam persembahan dan bagaimana kita nak jadi seorang manusia yang dijampi tetapi diredhai ALLAH SWT.

“Kami juga banyak rujuk kepada guru dan juga ustaz-ustaz untuk tugasan kali ini,” katanya.

Tambah Heliza lagi, tujuan utama dia menyertai GGV2 ini adalah untuk menyampaikan dakwah untuk orang ramai dan juga dirinya sendiri.

“Saya dan adik selalu pesan pada diri sendiri setiap kali buat persembahan dia atas ‘stage’, ALLAH dan Rasul. Kita masuk GGV harap untuk menyampaikan mesej dan dakwah bukan untuk mereka sahaja tetapi juga diri sendiri.

“Apa pun, kami buat semua ini bukan kerana nombor tetapi nak sampaikan mesej sebab kalau ditakdirkan malam itu adalah malam terakhir kami di pentas GGV, sekurang-kurangnya kami dah sampaikan apa yang ingin dikongsi kepada orang ramai,” katanya lagi.

Heliza dan Hazwani mendapat markah tertinggi minggu lalu dengan markah sebanyak 84% daripada juri manakala Ippo Hafiz terpaksa meninggalkan pentas GGV2 apabila mendapat markah terendah.

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: