Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pilu mendengarkan perkhabaran tentang pelakon dan pengacara wanita, Raja Farah yang telah mengalami keguguran bayi keduanya tempoh hari.

Sedangkan kita yang mendengar turut berasa sedih apatah lagi dia yang menanggungnya setelah kandungannya yang berusia dua bulan gugur.

Farah memberitahu, kejadiaan itu berlaku selepas waktu berbuka dan pada ketika itu dia sedang berniaga di sebuah karnival di Kuala Selangor.

“Emosi saya memang tidak stabil ketika berdepan ujian berkenaan. Kini saya berusaha mendapatkan semula semangat yang hilang. Maklum saja, inilah pengalaman pertama saya berdepan kesedihan sedemikian,” katanya.

Kata Farah lagi, dari awal kehamilannya dia telah mengalami pendarahan tanpa henti dan kemungkinan mengalami keguguran.

“Jika diikutkan, sejak awal kehamilan lagi saya mengalami pendarahan tanpa henti. Doktor turut memaklumkan, saya mungkin berdepan keguguran menerusi kehamilan kedua ini. Boleh dikatakan, saya juga seperti sudah bersedia sebenarnya. Cuma, tidak sangka pula saya mengalaminya ketika kita semua hendak menyambut Hari Raya,” terangnya lagi.

Pada malam dia mengalami keguguran itu, dia terus menutup gerai jualannya dan bergegas ke hospital bagi mendapat kan rawatan lanjut.

“Sejurus mendapat tahu keguguran, saya terpaksa menutup gerai jualan lebih awal. Selepas menghubungi doktor, beliau menyarankan saya ke hospital di Petaling Jaya untuk mendapatkan rawatan. Mujurlah ketika kejadian, saya ditemani ibu bapa dan anak sulung,” katanya.

Farah menyatakan perasaannya ketika ini masih tidak tenteram namun dia menerima segala yang telah tersurat buatnya dengan hati yang tenang. Menurutnya lagi, dia akan pulang beraya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan iaitu kampung halaman ibunya.

Semoga Farah tabah untuk menghadapi dugaan yang menimpa dirinya ini. Insya-ALLAH akan ada rezeki lain nanti.

Sumber: BH Online

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook› Media Hiburan * Instagram› mediahiburanofficial * Youtube› Media Hiburan Official

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "