Select Page
  • 636
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    636
    Shares

Eh apa yang pengacara dan pelakon hebat, Raja Azura dah buat pada pelawak wanita, Jihan Muse sampaikan wanita yang sedang berbadan dua ni sebak?

MH ada terlihat satu tweet Jihan di Twitter yang mengatakan selama sudah beberapa musim dia mengacarakan program Gegar Vaganza, ini merupakan kali pertama dia berasa sebak apabila peserta pertandingan itu tersingkir.

“Selama buat #gegarvaganza ni first time rasa sebak bila bintang tersingkir. hats off K.E Salute! Semangat akak inspirasi saya. #RajaAzura,” tulis Jihan.

Pasti bukan Jihan sahaja yang sedih dengan penyingkiran Raja Azura tempoh hari kerana persembahannya memang benar-benar memukau penonton.

Raja Azura juga merupakan seorang penghibur yang sering menghiburkan hati semua penonton setiap minggu dan selalu berusaha untuk menghasilkan persembahan yang baik. Tapi apakan daya rezekinya bertahan dalam pertandingan itu sampai ke minggu ke-3 sahaja.

Ramai juga yang memberikan respon pada tweet Jihan itu dan turut meluahkan rasa sedih mereka. Malah dalam masa yang sama ada juga yang memberi pujian pada Raja Azura.

nazrin.hazim: Betul tu. Suka dengan kesungguhan kak engku tunjukkan every her performance.

Suhaimi Md Salleh: Be strong… #RajaAzura is great performer.. Gila2… Salute KE… Xsangka suara dia sedap…

Nadhira Jira: Kannn. Mcm org tak percaya bakat nyanyian dia.. Ala sedihhh

Ok dah jangan sedih-sedih lagi, jom kita layan persembahan Raja Azura pada malam dia tersingkir tempoh hari.

Sumber: Twitter Jihan & Instagram Gegar Vaganza Official

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error:
" "