Select Page
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Penyanyi, pelakon dan model terkenal Korea, Rain atau nama sebenar beliau Jung Ji-hoon telah menolak tawaran berlakon untuk filem Hollywood X-Men.

Perkara ini didedahkan oleh penerbit filem Uhm Bok Dong, Lee Beom Soo dalam satu temu bual baru-baru ini mengenai filem terbarunya.

Menurut Beom Soo, dia tidak menyangka Rain sanggup menolak tawaran keemasan itu kerana mahu mengotakan janjinya untuk menghabiskan baki penggambaran filem Uhm Bok Dong.

“Rain sebenarnya ditawarkan untuk berlakon X-Men dan penggambaran dijangka bermula pada Julai depan.

“Namum disebabkan penggambaran Uhm Bom Dong hanya selesai pada Ogos depan dan komitmennya terhadap filem ini, dia telah menolak tawaran tersebut.

“Saya sangat terharu dan menghormati Rain kerana sikapnya yang tidak tamak.

“Saya tidak sangka dia sanggup menolak tawaran ke Hollywood semata-mata untuk tunaikan janji dan menghabiskan penggambaran filem ini,” katanya.

Pada April 2006, Rain telah disebut dalam artikel laman web majalah Time yang menyenaraikannya dalam “100 Most Influential People Who Shape Our World”.

Pada tahun 2007, Rain menduduki tangga teratas undian pengguna dalam talian Majalah Time, walaupun dia sebenarnya tidak disenaraikan dalam majalah tersebut.Dia juga telah disenaraikan dalam “Orang Paling Cantik” majalah People untuk tahun 2007.

Rain juga telah berkahwin dengan pelakon cantik korea, Kim Tae Hee.Mereka telah melangsungkan perkahwinan pada 19 Februari di sebuah gereja di Seoul setelah lima tahun bercinta.Pasangan hangat seoul ini hanya menghabiskan kurang daripada RM5000 dalam majlis mereka. 

Menerusi rancangan itu, laporan mendedahkan majlis perkahwinan mereka yang diadakan di sebuah gereja di negara itu secara keseluruhan hanya bernilai 1.3 juta won (kira-kira ASD 1116) (RM 4,994.58).

 Sumber :Koreaboo

Baca Ini Juga

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© All Rights Reserved • Karangkraf Group © Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: