Pelakon lelaki yang tidak pernah gagal membawakan sebarang watak dalam lakonannya, Que Haidar baru-baru ini ada berkongsi luahan hatinya yang seolah-olah sedang marah dan kecewa di akaun Instagramnya.

Di ruangan kapsyen perkongsiannya itu dia ada menyatakan bahawa dia berasa sangat terhina.

“Sikap ambil mudah dan sambil lewa mereka, seolah-olah menghina aktor.. (dari segi lakonan/ pemilihan skrip/ pemilihan siapa yg ingin diangkat sebagai pelakon) sy sgt terasa terhina… 

 

“sy pernah mengupah acting coach sendiri kerana pihak produksi tidak menyediakan acting coach menggunakan wang payment yg dibayar pada sy dan sy juga pernah membuat persembahan monolog dirumah dan panggil rakan2 rapat menonton dan sekaligus bertukar pendapat tentang persembahan tersebut (skrip dan latihan sendri).. 

 

“bagi sy, bila kita on set org akan pandang kita as a profesional actor.. nak belajar or bereksperiment dlm class, on set kita kena ‘JADI’.. tuan director takde masa nak ajar kita.. 

 

“thats how serious i am as an ACTOR..please shows some respect, terutama pada kerja anda.. JANGAN JADI SAMPAH/PELACUR DALAM INDUSTRI INI!!! #aktor #anakseni #film #filem,” tulis luahan hatinya di ruang kapsyen.

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on

Setelah membaca luahannya itu, tidak pasti kepada siapa agaknya kata-kata yang ditulisnya itu ditujukan.

Nampak marah betul Que sehingga di hujung tulisannya dia mengeluarkan perkataan ‘sampah’ dan ‘pelacur’.

IKLAN

Di ruangan komennya pula ramai yang tertanya-tanya tentang apa yang sudah terjadi sehingga Que menulis sedemikian dan ada juga yang meminta dia untuk bersabar.

iemmazackboleh saya tau..kenape ni ..isu apa?

mrs_pendetaKenapa ni?

IKLAN

_hunny_mByk2 bersabar

Namun ada juga pengikutnya yang bersetuju dengan kata-katanya itu.

ejump_lucius: Salute… btw mmg terkesan dengan setiap scene bro @the_haidars.. mmg setiap apa yang kita buat perlukan pengorbanan.. keep it up

IKLAN

khiriah17Setujuuuuuu @the_haidars …..

yushreen_qashreena: Harsh but true . ??

Apa jua permasalahan yang sedang dihadapi oleh Que, semoga segalanya dapat dihadapi dengan penuh sabar.

Sumber: Instagram Que Haidar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI