Bila tiba musim perayaan rasa seronok pula bila kita dapat imbaukan kembali kenangan zaman kanak-kanak paling tak boleh dilupakan.

MH Online sempat menghubungi Puteri Aisyah salah seorang finalis Dewi Remaja 2017 dan pelakon drama Cinta Roller Coaster yang ditayangkan di slot Lestary untuk berkongsi cerita rayanya.

Puteri Aisyah Terkedu Dapat Duit Raya 20 Sen

IKLAN

Menurut Puteri yang pernah viral sebagai ‘guru cantik’ ini pernah merasa bengang dan marah dengan seseorang kerana duit raya.

“Puteri ingat lagi, masa tu dekat kampung. Saya dan keluarga yang lain pergi melawat rumah jiran-jiran. Kami ada singgah di sebuah rumah yang besar dimiliki oleh seorang nenek. Masa tu kami beranganlah kononnya mesti dapat duit raya yang banyak, sekali bila dapat rupanya nenek tersebut hanya berikan kami duit 20 sen sahaja.

“Disebabkan terlalu terkejut dengan jumlah duit raya yang diberi, Puteri seakan terpinga-pinga masa tu dan keliru. Namun ibu segera memberi isyarat untuk sorokkan wajah itu dan jangan pertikaikan apa-apa,” katanya sambil ketawa.

Namun dia berkata sungguh pun ketika itu agak geram namun ia sebebarnya adalah antara momen yang paling tidak boleh dilupakan dan agak lucu bila diingati.

IKLAN

“Bukanlah jumlah wang itu sebenarnya yang buatkan Puteri geli hati, tetapi teringat ekspresi wajah masaing-masing yang terlalu terkejut melihat duit syiling itu yang memang melucukan,” jelasnya.

Bila disoal tentang persiapan raya, Puteri memberitahu dia kini berada di Port Dickson dan kemungkinan besar akan ke Melaka juga.

IKLAN

Puteri Aisyah Terkedu Dapat Duit Raya 20 Sen

Tiada terlibat dengan mana-mana aktiviti, Puteri memasang niat untuk meluangkan waktu yang lebih bersama ibu memandangkan ibunya sedang berada dalam keadaan yang kurang sihat.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI