Menepati ramalan ramai, Idayu muncul sebagai Juara AF Megastar yang berlangsung di Royale Theatre Shah Alam, Selangor malam tadi.

Idayu yang juga bintang kelahiran Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) menewaskan empat finalis lain iaitu Bob, Marsha Milan, Syamel dan Shahir.

Kemenangan ini sekali gus melayakkan Idayu menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai berjumlah RM100,000, pakej percutian 10 hari ke Turki, baucar bernilai RM6,000 tajaan Goshop serta trofi.

“Syukur alhamdulillah. Terima kasih kepada suami, keluarga dan semua penyokong. 12 tahun yang berbaloi,” katanya yang menyanyikan lagu My All dan Selamanya di malam kemuncak AF Megastar.

Pukau Penonton, Idayu Juara AF Megastar

Idayu juga memenangi Megastar Pilihan Raku hasil undian penonton dan membawa pulang wang tunai RM1,000.

IKLAN

Sementara itu, Syamel memenangi Persembahan Ultimate Performer AF Megastar dengan membawa pulang hadiah berupa baucar bernilai RM3,000 tajaan Goshop.

Manakala Marsha pula menjadi pilihan peminat untuk Anugerah AF Megastar Terlajak Laris dan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 tajaan D’Herbs.

Hadiah disampaikan oleh Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh.

IKLAN

Pukau Penonton, Idayu Juara AF Megastar

AF Megastar menampilkan Datuk Ramli MS dan Syafinaz Selamat sebagai juri tetap, sementara Datuk Awie sebagai juri jemputan yang mewakili 60 paratus markah selain 40 peratus daripada undian penonton.

IKLAN

Sementara Datuk Aznil Hj Nawawi pula bertindakan sebagai pengacara sepanjang lapan minggu AF Megastar berlangsung.

Program AF turut mencatat sejarah apabila diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Rancangan Nyanyian Realiti TV Paling Lama Berlangsung untuk tempoh 14 musim bersiaran.

Sijil pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh Pengasas Malaysia Book Of Records, Tan Sti Danny Ooi kepada Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Dato’ Khairul Anwar Salleh.

Turut hadir menyaksikan malam kemuncak AF Megastar adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Sri Salleh Keruak.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI