Masih lagi teringat kemeriahan perkahwinan pelakon jelita Ummi Nazeera dan suami Dr. Mohd. Izzar Anwari pada 5 Ogos yang lalu yang menari menceriakan suasana selain menghiburkan tetamu.

Baru-baru ini netizen ada memuji sikap suami kepada Ummi yang sangat prihatin dalam menjaga aurat isterinya.

Menerusi foto yang dimuat naik di Instagram Izzar telah menyunting bahagian tangan isterinya sebelum memuatnaik ke dalam instagram.

Izzar telah menyunting tangan isterinya yang terdedah dengan warna hitam hingga ke pergelangan tangan yang mendedahkan aurat ketika memandu.

Foto yang dikongsi telah mendapat perhatian pengikut suami pelakon filem Bisik Pada Langit itu yang rata-rata tertarik dengan sikap Izzar yang prihatin terhadap aurat isterinya.

IKLAN

Tak kurang juga yang memuji pasangan melihat pasangan ini yang sangat romantis dan netizen terhibur apabila membaca kapsyen Izzar yang bersahaja.

Puji Sikap Suami Ummi Nazeera

“Ketenteraman jiwa terganggu apabila isteri offer untuk memandu.Round2 kat kampung dia.Bismillah.Pakai seatbelt.” Tulisnya pada gambar yang disunting.

Rata-rata peminat melahirkan rasa gembira melihat kebahagiaan yang jelas terpancar terhadap pasangan itu. Malah ada yang beranggapan pasangan ini sangat serasi bersama.

IKLAN

Puji Sikap Suami Ummi Nazeera

Terdahulu, Ummi Nazeera, 27, yang dimana dia mengesahkan telah selamat bernikah Izzar iaitu lelaki pilihan keluarganya dalam sebuah majlis tertutup pada 23 Julai 2017 lalu, lebih awal daripada tarikh asal majlis pernikahan.

IKLAN

Kedua mempelai yang sama cantik sama padan itu kini berbulan madu di Sabah dan Switzerland tidak lama lagi.

Puji Sikap Suami Ummi Nazeera

Puji Sikap Suami Ummi Nazeera

Puji Sikap Suami Ummi Nazeera

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI