Protoge Akim, Elica atau nama penuhnya, Angelica Paujin 17, diumumkan sebagai juara program Mentor Milenia 2017 yang dipancarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam di TV3 jam 9:00 malam tadi.

[su_heading]Kemenangan pendatang baru arena seni suara dari Tambunan, Sabah itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah trofi dan telefon bimbit Neffos X1 Max serta pakej percutian ke London.[/su_heading]

Elica pada malam itu mempersembahkan lagu Ceritera Cinta (duet bersama Hael) dan Samar Bayangan.

Protege Akim, Elica Juara Mentor Milenia 2017

Naib juara pula disandang Muhammad Saiful Naim Muhd Noor atau Usop. Usop merupakan protoge kepada Hazama.

IKLAN

Manakala tempat ketiga pula ialah Mohamad Rozaimi Rosli atau Along, finalis berusia 20 tahun itu merupakan protoge Tomok.

Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan RM20,000 beserta trofi.

IKLAN

Tempat keempat pula dimenangi Syeera dan penyanyi muda dari Shah Alam, Selangor ini turut berjaya merangkul wang tunai sebanyak RM10,000 beserta trofi.

Sementara itu, Anugerah Khas Neffos yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 juga berjaya dirangkul Elica.

IKLAN

Ia merupakan pengiktirafan khusus buat protoge yang berjaya menunjukkan peningkatan persembahan dari mula hingga akhir persaingan.

Program Mentor Milenia 2017 akhir menampilkan Fauziah Ahmad Daud sebagai juri jemputan dan kumpulan dari Indonesia, Nidji turut diundang menghiburkan penonton. Protege Akim, Elica Juara Mentor Milenia 2017

 

 
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI