LAPAN artis termasuk penghibur popular, Pretty Asmara, ditahan dalam serbuan pihak berkuasa ke atas sebuah bilik dan bilik karaoke di sebuah hotel di Jakarta, malam tadi ketika asyik berpesta dadah.

Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya Argo Yuwono dipetik oleh media dalam talian berkata, kesemua artis terbabit ditahan ketika menyertai satu pesta dadah anjuran mereka.

Katanya, bertindak atas siasatan dan intipan selama dua minggu, polis menyerbu bilik hotel dan karaoke hotel itu pada tengah malam semalam ketika kesemua artis berkenaan sedang berkumpul dan mengambil dadah.

IKLAN

Polis menjumpai 0.9 gram dadah jenis syabu dan alat menghisapnya dalam sebuah bilik hotel serta merampas 1.12 gram sabu, 23 pil ekstasi dan 25 pil dadah jenis H5 dalam bilik karaoke tempat artis itu sedang berkumpul.

IKLAN

Argo berkata, kesemua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan polis juga sedang mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai menjadi pengedar dadah kepada golongan artis itu.

IKLAN

Katanya, selain itu, polis turut merampas wang tunai berjumlah Rp25 juta (kira-kira RM7,500), dipercayai hasil kutipan pesta dadah itu.

Penyalahgunaan dadah dalam kalangan artis Indonesia dilaporkan semakin berleluasa dan beberapa artis popular sebelum ini juga pernah ditahan kerana terbabit kes seumpama itu. – Bernama

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI