Tempoh hari kecoh tentang seorang penyanyi wanita, Ezlynn yang telah meluahkan rasa marah serta kecewa dengan tindakan suaminya yang didakwa telah merompak rumah sendiri.

Rentetan daripada hal itu, menerusi satu sumber suami kepada Ezlynn, Adam Fahmi Shamsudin tampil untuk menjelaskan segala dakwaan yang dilemparkan kepadanya.

Adam berkata, dia tidak menceroboh mahupun memecah masuk rumah seperti yang didakwa oleh penyanyi wanita itu.

IKLAN

“Saya sudah jelaskan kepada pihak polis dan mereka memberitahu saya tidak melakukan apa-apa kesalahan. Itu rumah hak milik bersama dan salahkah jika saya mahu pulang ke rumah saya sendiri?

 

“Rumah tersebut masih rumah saya dan dia juga masih isteri saya. Kes perceraian kami masih dalam perbicaraan dan sekarang dia mahu tuduh saya macam-macam? Kalau salah, saya sudah berada dalam penjara sekarang.

 

“Saya tidak menyentuh barang-barang peribadi kepunyaannya dan hanya mengambil barang-barang saya sendiri yang sudah diletakkan di dalam kotak olehnya,” jelasnya kepada Utusan Online.

Baca juga: ‘Aku Kerja Penat Cari Duit, Kau Amik Semua Duit Aku!’ – Ezlynn

Menurut sumber lagi, suami kepada Ezlynn ini juga turut menafikan dakwaan yang dikatakan oleh Ezlynn bahawa dia telah menutup periuk nasi penyanyi tersebut sehingga tidak mendapat sebarang tawaran persembahan.

IKLAN

Adam mengatakan tuduhan tersebut tidak berasas dan Ezlynn sendiri yang tidak mengaku bahawa Adam adalah pengurusnya malah suami kepada Ezlynn ini juga berkata dia sudah mencuba untuk mendapatkan tawaran persembahan buat isterinya itu.

IKLAN

“Saya ada cuba menghubunginya tetapi dia enggan untuk berbincang. Tahu-tahu cerita sudah sampai ke pihak media. Saya hanya berdiam diri setelah mendapatkan nasihat peguam.

 

“Saya hanya akan beritahu kebenaran di dalam mahkamah. Itu yang paling penting dan adil,” katanya.

Diharap segala permasalahan yang berlaku dan dihadapi oleh pasangan ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

Sumber: Utusan Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI