Umat Islam seluruh dunia akan menyambut kedatangan Aidilfitri.Sebagai seorang wanita, sudah pasti antara perkara utama yang dititkberatkan adalah kecantikan sudah pasti antara perkara utama yang dititkberatkan adalah kecantikan.

Nur Amirah Filzah binti Badioezaman atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah tidak perlu dikenalkan lagi.Terkenal dengan kecantikan semula jadi membuatkan semua terpesona dengannya.

Di samping berlakon, Mira Filzah juga mempunyai produk kecantikan miliknya sendiri, Mora Essential kolaborasi bersama seorang rakan. Bukan hanya itu, Mira juga bakal merasmikan koleksi tudung jenamanya sendiri, MF SHAWLS.

Petua Cantik Di Hari Raya  Mira Filzah

Kulit kusam sebelum raya? Jangan khuatir kerana pelakon cantik, Mira Filzah berkongsi tiga tips mudah untuk kelihatan segar sepanjang hari ketika beraya.

Petua Cantik Di Hari Raya  Mira Filzah

IKLAN

 

1.Kurangkan Makanan Berminyak

“Maklumlah, bila beraya memang sukar untuk kita nak elak daripada menyentuh makanan yang sedap antaranya rendang, lontong, kuah kacang dan ketupat palas.

“Kalau boleh jangan ambil berlebihan takut memudaratkan diri nanti. Seeloknya berhenti makan sebelum tertalu kenyang. Nanti ketat pula baju raya,” katanya berseloroh.

IKLAN

2.Lebihkan Minum Air Masak

“Lagi satu tips yang saya selalu amalkan adalah lebihkan minum air masak dan kurangkan minuman manis.

“Tak kiralah air manis itu rasa sedap macam mana pun, tapi air masak jugalah yang paling baik dan bagus untuk badan kita.

IKLAN

“Yang paling penting, itu merupakan antara cara mudah untuk mengekalkan kelembapan kulit kita supaya tidak kelihatan 

kusam,” ujarnya.

3.Krim Pelindung Matahari dan Pelembab

“Kadang-kadang kalau beraya dikampung, suasana di sana agak panas dan menyebabkan kulit muka menjadi kering.

“Jadi untuk pastikan kulit sentiasa nampak segar, saya tidak mengguna petua yang susah, cukuplah dengan hanya memakai krim pelindung matahari dan juga pelembab,” jelasnya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI