Select Page
  • 366
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    366
    Shares

Penghayatan serta kekuatan watak yang dibawa menerusi sesebuah fillem telah melayakkan barisan nama-nama hebat ini untuk menggenggam trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi (Oscar) saban tahun. Bagi edisi tahun ini, barisan lima calon akhir Aktres Terbaik nyata sengit dan sekali lagi pelakon disegani, Meryl Streep masih dicalonkan buat kesekian kalinya, bersaing dengan aktres lain sedia ada.

Empat nama yang turut mengidam trofi sama ialah Sally Hawkins menerusi filem The Shape of Water, Frances McDorman (Three Billboards Outside Ebbing, Missouri), Margot Robbie (I,Tonya) dan Saoirse Ronan (Lady Bird).

Sekaligus, pemenang yang berjaya menjulang trofi itu dikatakan menjadi penanda aras buat mereka untuk bergelar antara golongan selebriti Gred A di negara Uncle Sam itu.

Meyambut ulang tahun penganjurannya yang ke-90 tahun ini, Oscar 2018 akan bersiaran secara langsung ke seluruh dunia dari Dolby Theatre Hollywood, Los Angeles, pada 9 Mac depan dan dihoskan pengacara terkenal, Jimmy Kimmel. Dalam senarai pemenang yang kami senaraikan ini, mana satu yang jadi pilihan you all?

Meryl Streep

Pelakon yang sedia mempunyai ‘kerusinya sendiri’ di lapangan Hollywood ini kekal mencipta reputasi membanggakan apabila menjadi aktres paling banyak menerima pencalonan di Oscar.Terkini, pelakon yang dilahirkan pada 22 Jun 1949 ini bakal bersaing dengan aktres lain untuk merebut gelaran pelakon terbaik di Oscar tahun ini menerusi filem sejarah, The Post. Menerusi filem tersebut, Meryl memainkan watak sebagai Khatarine Graham, seorang penerbit akhbar yang lantang. Tahun lalu, namanya turut tercalon dalam kategori sama untuk filem Florence Foster Jenkins. Terdahulu, dia telah pun beberapa kali merangkul anugerah sama dan ali terakhir  adalah menerusi filem biopik popular, The Iron Lady. Keberkesanannya dalam  memegang watak sebagai Perdana Menteri England ketika itu, Margaret Thatcher melayakkan Meryl untuk dinobatkan sebagai pelakon terbaik.

Nicole Kidman

Aktres asal Australia, Nicole Kidman turut melakar gemilang buat kerjaya lakonannya apabila berjaya meraih anugerah tersebut pada tahun 2002 lalu menerusi filem The Hours yang turut menampilkan pelakon terkenal lain seperti Meryl Streep dan Julianne Moore. Filem tersebut menerima sembilan pencalonan di Oscar dan kememangan Nicole pastinya menjadi pengalaman manis. Terdahulu, bagi menjiwai watak sebagai Virginia Woolf, wanita yang mengalami masalah tekanan melampau pada era 20-an, Nicole sanggup disolek tebal dan mengenakan hidung dan gigi palsu.

Charlize Theron

Sebelum ini, aktres tinggi lampai asal Afrika Selatan ini terlebih dulu bergiat aktif dalam dunia modelling sebelum mengatur langkah dalam lakonan. Ternyata, percaturannya tidak sia-sia apabila bakatnya diiktiraf menerusi filem yang diinpirasikan daripada kisah besar, Monster meletakkan namanya sebagai Pelakon Wanita Terbaik Oscar. Kerpercayaan pengarah filem tersebut, Patty Jerkins untuk mengambilnya sebagai teraju utama Monster men jadi rezeki terpihak buat bintang hebat ini pada edisi Oscar tahun 2003 lalu. Lebih istimewa, watak sebagai pelacur dan pembunuh bersiri itu dipilih netizen sebagai antara watak ikonik sepanjang zaman.

Jennifer Lawrance

Menjadi antara aktres muda yang pantas mencipta nama, Jennifer Lawrance turut mencipta reputasi terbaik apabila memenangi anugerah idaman ramai itu pada Oscar 2012 lalu menerusi filem Silver Linings Playbook. Wataknya sebagai wanita yang mengalami masalah biopolar cukup meyakinkan. Tiga tahun selepas itu, bintang asal Kentucky, Amerika Syarikat ini turut dicalonkan bagi kategori sama untuk sebuah lagi filem hebat, Joy. Terkini, Jennifer sedang menantikan dua buah filem terbaru yang bakal ditayangkan tidak lama lagi iaitu sebuah filem aksi, Red Sparrow dan filem bersiri, X-Men: Dark Pheonix.

Emma Stone

Beberapa tahun bulan sebelum Oscar berlangsung, nama pelakon Emma Stone menjadi buah mulut ramai apabila bintang cantik itu dikatakan bakal memberi saingan sengit terhadap calon lain bagi merebut Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Oscar 2016 menerusi filem muzikal, La La Land. Spekulasi nyata benar apabila dia menang, bersamai deretan anugerah lain yang digondol filem arahan Damien Chazelle itu. Sebelum ini, Emma turut tercalon sebagai Pelakon Pembantu Wanita untuk filem Birdman pada tahun 2014 lalu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: