Gempar dunia hiburan tanah air sejak petang semalam apabila seorang pelakon popular yang baru sahaja mendapat gelaran Datuk, Farid Kamil ditahan oleh pihak berkuasa kerana mengasari anggota polis dan orang awam.

Terbaru MH ada menerima satu gambar laporan polis oleh orang awam yang dikasari Farid daripada pembaca MH di ruang komen salah satu artikel yang dikongsikan.

Perut, Kemaluan Ditendang,  Laporan Polis Ini Dedahkan Situasi Sebenar Apa Yang Terjadi

Menurut laporan tersebut, sebelum kejadian di balai polis berlaku, inidvidu tersebut berkata ketika dia sedang memandu, dia ternampak Farid Kamil sedang meminta pertolongan di dalam hujan dengan tidak memakai baju.

IKLAN

Kemudian individu tersebut membawa Farid ke balai polis dan menurutnya lagi ketika di dalam kereta Farid sudah mula berkelakuan pelik.

MH kongsikan gambar laporan polis yang diterima baru-baru ini.

IKLAN

Perut, Kemaluan Ditendang,  Laporan Polis Ini Dedahkan Situasi Sebenar Apa Yang Terjadi

IKLAN

Bagaimanapun kami sendiri tidak boleh mengesahkan adakah gambar yang kami terima ini adalah gambar report yang sebenar atau hanya rekaan sahaja.

Bagi MH isu ini agak rumit kerana ada pelbagai spekulasi yang timbul sehingga ada yang mengatakan ini sebahagian daripada gimik sebuah drama atau filem.

Apapun sama-sama nantikan update dari pihak berkenaan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI