Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu berkongsi pengalaman hidupnya satu ketika dahulu.

Katanya, antara pengalaman raya menariknya ialah, dia dan adik beradiknya pernah berkongsi duit untuk membantu keluarga membeli bahan masakan untuk Hari Raya Aidilfitri keesokan harinya.

IKLAN

“Ayah dulu bawa van kilang, adik-beradik pun masa itu ada yang dah kerja tapi belum punya kerjaya tetap.

 

“Saya masih ingat, esok nak raya tapi duit untuk beli bahan makanan memasak belum cukup. Jadi pada malam raya pakcik kami akan beri duit raya.

 

“Kami pun berpakatlah untuk kumpul duit adik-beradik bagi pada abah untuk beli bahan masakan. Itulah antara pengalaman yang saya akan ingat sampai bila-bila, kongsinya kepada MH.

Dalam pada itu, Jep turut berkongsi perasaan teruja dan gusarnya untuk ‘travel’ bersama anak mereka yang baru lahir April lalu, Dariya Inara.

IKLAN
IKLAN

“Itulah, saya sebenarnya fikir juga pasal nak ‘travel’ ini lagipun saya tak ada pengalaman tukar lampin bayi dalam kereta.

 

“Cuma saya harap supaya semuanya dipermudahkan, bawa budak bukannya mudah,” akhirinya yang cukup teruja untuk menyambut lebaran kali ini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI