Akhirnya pasangan paling terkenal korea, Descendants Of The Sun, Song Joong Ki dan Song Hye Kyo telah disatukan dalam sebuah majlis tertutup semalam.

Walaupun perkahwinan itu dilangsung secara tertutup, namun, beberapa gambar dan video pasangan ini tular di media sosial.

Majlis tersebut berlangsung di Hotel The Shilla di Seoul, Korea Selatan dan dihadiri oleh keluarga serta rakan rapat pasangan berkenaan dan demi keselamatan, kawalan ketat telah diadakan di hotel tersebut.

Menurut The Korea Herald, kawasan sekitar hotel berkenaan dipenuhi oleh peminat dan wartawan yang ingin melihat pasangan tersebut secara dekat serta membuat liputan.

Malah, hashtag popular #SongSongCoupleWedding telah menjadi trending dunia di Twitter selepas beberapa jam berita tersebut dihebahkan.

Perkahwinan Song Joong Ki, Song Hye Kyo Jadi Trending Dunia

Perkahwinan Song Joong Ki, Song Hye Kyo Jadi Trending Dunia

IKLAN

#SongSongCouple merupakan hashtag yang digunakan oleh peminat untuk pasangan itu sejak drama lakonan mereka, Descendants Of The Sun ditayangkan tahun lalu.

Antara rakan selebriti lain turut hadir ialah teman baik Joong Ki, Lee Kwang Soo, Jo In Sung, Kim Jong Kook, Cha Tae Hyun, dan Park Bo Gum. Antara rakan-rakan Hye Kyo yang turut kelihatan ialah aktres Kim Hee Seon, Song Yoon Ah dan aktor Yoo Ah In.

Aktres ternama China, Zhang Ziyi dan rakan-rakan artis dari program Running Man, turut hadir memeriahkan majlis tersebut.

Selepas pernikahan, mereka dikhabarkan akan berangkat ke Eropah untuk berbulan madu.

IKLAN

Di Instagram pelakon tersebut, rata-rata peminat mendoakan kebahagian pasangan selebriti ini dan tidak sabar menantikan kehadiran cahaya mata mereka.

Perkahwinan Song Joong Ki, Song Hye Kyo Jadi Trending Dunia

Perkahwinan Song Joong Ki, Song Hye Kyo Jadi Trending Dunia

IKLAN

Perkahwinan Song Joong Ki, Song Hye Kyo Jadi Trending Dunia

Perkahwinan Song Joong Ki, Song Hye Kyo Jadi Trending Dunia

Perkahwinan Song Joong Ki, Song Hye Kyo Jadi Trending Dunia

Perkahwinan Song Joong Ki, Song Hye Kyo Jadi Trending Dunia

Perkahwinan Song Joong Ki, Song Hye Kyo Jadi Trending Dunia

Perkahwinan Song Joong Ki, Song Hye Kyo Jadi Trending Dunia

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI