Filem trilogi, The Maze Runner: The Death Cure sememangnya merupakan salah satu filem yang ditunggu-tunggu untuk tahun 2018 ini lebih-lebih lagi pada mereka yang sudah mengikutinya sejak dari awal.

Kalau dilihat penghujung filem keduanya, The Scorch Trial agak tergantung dimana salah seorang rakan Thomas (watak utama), Minho ditangkap oleh watak antagonis filem tersebut iaitu WCKD. Tentu sekali ramai yang tertanya-tanya apa terjadi setelah Teresa mengkhianati Thomas dan rakan-rakannya yang lain.

The Perfect Ending, 4 Sebab The Maze Runner : The Death Cure Berbaloi Untuk Ditonton!

MH berkesempatan untuk menonton filem ini dan sememangnya amat berpuas hati dengan jalan cerita dan sinematografi serta aksi-aksi yang ditunjukkan di dalamnya membuatkan MH melekat di kerusi untuk mengetahui lebih lanjut apa yang berlaku.

Sepanjang hampir 2 jam filem itu, memang ada beberapa ketika MH agak tak senang duduk dibuatnya terutamanya ketika babak aksi dan juga suspen.

Di sini, MH nak kongsi 4 sebab kenapa korang semua kena tonton filem ini di pawagam.

1. Filem Terakhir trilogi The Maze Runner

Ya, pertama sekali sebab ia adalah filem terakhir trilogi ini dan semestinya segala persoalan akan terjawab, kenapa Thomas begitu penting sekali pada semua orang.

IKLAN

Dalam pada itu, MH sangat memuji setiap karakter dalam filem ini terutama rakan-rakan Thomas seperti Newt, Frypan, Minho, Brenda, Jorge dan lain-lain yang sangat menghayati watak mereka.

MH juga agak kasihan melihat Minho dan kanak-kanak imun lain yang dijadikan ‘lab rat’ oleh pihak Wicked dalam usaha mencari penawar virus ‘The Flare’, seolah-olah sifat kemanusiaan mereka telah hilang.

2. Semangat Setia Kawan

Dalam dua filem yang terdahulu, kita dapat lihat ciri-ciri kepimpinan yang ada pada Thomas serta bagaimana dia sangat setia pada semua rakan-rakannya. Permulaan cerita menyaksikan bagaimana Thomas cuba menyelamatkan Minho daripada pihak WCKD tetapi gagal.

IKLAN

The Perfect Ending, 4 Sebab The Maze Runner : The Death Cure Berbaloi Untuk Ditonton!

Namun, dia tetap tidak putus asa dan sentiasa mencari jalan untuk menyelamatkan sahabatnya itu. Selain itu, Thomas juga cuba sedaya-upaya untuk menyelamatkan Newt walaupun ketika News sendiri sudah berputus asa dengan dirinya.

Kalau korang nak tahu apa jadi pada Newt, kenalah tonton filem ini!

3.Tahu bila nak mengalah

IKLAN

Sikap tidak putus asa Thomas itu membuatkan Kepimpinan Tertinggi WCKD, DR. Ava Paige berfikir dua kali mengenai keputusannya menggunakan kanak-kanak imun ini sebagai ‘lab rat’. Lagipun kesemua ujian yang dijalankan menemui jalan buntu dan penawar masih tidak dapat ditemui.

MH suka dengan kenyataan beliau iaitu ‘It’s not about giving up but know when to stop, know when you already lose’. Kelihatan seperti dia ada juga perikemanusiaan setelah menyeksa kanak-kanak ini.

Tetapi, muncul pula antagonis kedua iaitu Janson yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan Thomas ditangkap. Rupa-rupanya dia mempunyai agenda peribadi dan sangat terdesak membuatkan dia bersikap sedemikian.

4. ‘Perfect Ending’

Bagi MH, pengakhiran yang sempurna buat filem terakhir The Maze Runner, ia bukanlah sesuatu yang gembira tetapi tidak juga terlalu sedih. Just nice.

MH tak dapat bayangkan pengakhiran yang lebih baik daripada ini. Sempat lah juga air mata bertakung… tapi bila tengok ‘ending’ ni kita faham bahawa kadang-kadang untuk capai sesuatu perkara ada benda yang harus kita sacrifice.

Korang memang kena tengok sampai habis, ending filem ni akan buat korang terkejut! Apa-apapun, MH bagi 4.5 bintang untuk filem ini!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI