Nama Neelofa dan Fattah Amin memang tidak asing lagi dalam industri hiburan.Semua ini bermula daripada siri drama Suri Hati Mr.pilot. Keserasian antara mereka berdua membuatkan peminat teruja dan fanatik. Ramai peminat mendoakan agar mereka disatukan.

Melalui rakaman video yang dimuat naik dan perkongsian peminat di laman sosial serta YouTube, menjelaskan hubungan mereka semakin hambar bermula penghujung tahun lalu.

Walau bagaimanapun, mereka tetap tampil profesional ketika bertemu di majlis anugerah Meletop Era yang diadakan Mac lalu.Masing-masing memenangi anugerah utama iaitu Top Meletop Wanita dan Top Top Meletop Lelaki.

Namun, kali ini berbeza pula kisahnya. Viral di media sosial mendakwa Fattah dan pasangan heroinnya dalam drama terbaru mereka iaitu Nur Fazura telah membatalkan kehadiran mereka disaat akhir bagi program Meletop yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil Ahmad.

Pada episod tersebut dikatakan tempat mereka telah digantikan dengan pengarah drama, Michael Ang dan pelakon pembantu iaitu Datin Seri Zizie Izette dan Uqasha Senrose.

Perang Dingin Fattah & Neelofa?

Akibat kekecohan di laman media sosial, Michael Ang tampil dengan video yang mengatakan perancangan asalnya, iaitu program Meletop yang diadakan semalam hanya dihadiri olehnya, Zizie dan Uqasha sahaja sementara pasangan hero dan heroin akan muncul dalam rancangan yang sama pada episod MeleTop yang lain. Mungkin ‘risau’ dengan peminat yang akan bergaduh, Michael terlebih dahulu memuat naik video untuk menerangkan perancangan asalnya.

IKLAN

Neelofa dan Nabil juga ada menerangkan dalam rancangan tersebut secara live semalam bahawa mereka tiada hak untuk menentukan siapa artis undangan yang akan dijemput ke set pada setiap minggu dan menurut mereka lagi, semua itu adalah di atas kuasa pihak penerbit dan pengarah.

Ketika program tersebut bersiaran secara live, Neelofa sempat berkata “kalau tak nak datang, tak apa,” seolah-olah menujukan kepada seseorang yang membatalkan kehadiran. 

Namun, hero bagi drama Hero Seorang Cinderella itu tidak berdiam diri dan memuat naik video IG live menerangkan perkara sebenar bahawa dia tidak dijemput ke program Meletop pada malam tersebut, sebaliknya mengetahui bahawa hanya Micheal Ang, Uqasha Senrose dan Zizie yang diundang untuk episod tersebut.

Sebaik sahaja video IG Live Fattah menjadi tular, Neelofa pula telah sempat memuat naik IG Story yang berbunyi

IKLAN

Perang Dingin Fattah & Neelofa?

“Sebelum tidur, nak maafkan semua orang dulu. Tapi nak pesan dekat orang yang berkenaan, live live jugak.. tapi jangan sampai producer keluarkan bukti tentang appearance malam ni, okayy tu je,xoxo guys. Sweetdreams”

Adakah Neelofa menujukan kata-kata tersebut kepada Fattah Amin? Namun persoalan itu hanya ada jawapannya pada tuan empunya diri sahaja.

Menerusi laman Twitternya,Fattah semalam ada menulis, “Hanya pada Allah tempat aku berlindung,” dan Fattah ada memuat naik status terbaru di Instagram sebagai respons terhadap kontroversi semalam. Dalam status di IG juga, Fattah meminta agar peminatnya tidak bertikam lidah mengenai hal yang lepas serta memberi sokongan untuk artis kesayangan peminat.Katanya lagi agar tidak melaga-lagakan kerana tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak

IKLAN

Perang Dingin Fattah & Neelofa?

Walau apa pun ketegangan yang sedang berlaku di antara mereka berdua, akan kembali normal.

Sumber › Instagram Neelofa, Twitter Fattah Amin, Instagram Michael Ang

https://youtu.be/_Yua6iAoqi0

Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322

Ikuti kami juga di Facebook: Media Hiburan * Instagram: mediahiburanofficial * Youtube: Media Hiburan Official

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI