Menjadi tular di laman sosial sejak beberapa hari ini, tentu ramai yang perasan nama putera tampan dari Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah, menjadi sebutan netizen. Lebih-lebih lagi persaingannya menteri yang tidak kurang kacaknya, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Berikutan menampilkan wakil yang berentap mempunyai aura yang tersendiri, orang ramai khususnya wanita tidak melepaskan peluang menonton sendiri perlawanan itu semalam yang berlangsung di Putrajaya.

Acara yang dinanti akhirnya tamat dengan Malaysia berjaya mencipta kejayaan dengan kemenangan 12-4 ke atas Brunei.

Namun, bagi peminat Putera Abdul Mateen, biarpun kalah di tangan KJ, Putera tersebut tetap berjaya memenangi hati mereka.

Penonton Wanita Pitam Kerana Mahu Lihat Putera Mateen

Ada yang tiba seawal jam 2.30 petang untuk mendapatkan tempat di hadapan dan untuk melihat dengan lebih dekat Putera Brunei itu tanpa menghiraukan cuaca yang panas terik.

IKLAN

Ribuan mata menonton menyorak nama Putera Abdul Mateen. Bukan sahaja ketampanan putera itu yang menjadi perhatian, tetapi layanan baik terhadap peminat dan penyokong juga mendapat pujian.

Malah ada juga peminat yang berdiri di pagar mengalami pitam oleh kerana berdiri terlalu lama.  Nasib baik ada rakan-rakannya yang memberikan kipas dan menyuruh wanita tersebut duduk di atas rumput.  Selepas beberapa ketika, dia kembali pulih dan bersemangat untuk menonton perlawanan tersebut seterusnya. 

Selesai perlawanan, kaum hawa yang berdiri menunggu di ruangan pintu keluar itu melaung nama Putera Mateen dengan sekuat hati sebaik sahaja melihat putera pujaan itu keluar menuju ke kereta. Ramai yang berebut-rebut ingin bergambar dengannya. Peminat bagaikan dirasuk merempuh sekatan polis semata-mata ingin melihat putera itu dengan lebih dekat.

Sementara itu dilaman sosial dipenuhi dengan entri mengenai Prince Charming dan tall, dark and handsome itu sahaja.

IKLAN

Turut hadir menyaksikan perlawanan itu ialah Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

MH mengucapkan Syabas kepada pasukan Ekuestrian Polo Malaysia dan pasukan Brunei atas perlawanan yang cukup terbaik semalam.  

Malaysia akan bertemu Singapura pada 24 Ogos di Kelab Polo Diraja Selangor.

Penonton Wanita Pitam Kerana Mahu Lihat Putera Mateen

IKLAN

Penonton Wanita Pitam Kerana Mahu Lihat Putera Mateen

Penonton Wanita Pitam Kerana Mahu Lihat Putera Mateen

 

FOTO : Twitter Team Malaysia

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI