Wah hebat betul penangan Haqiem Rusli dalam industri ya? Mana tidaknya, sejak penyanyi plantun Segalanya ini mengakui hatinya sedang berbunga di Twitter kerana seorang wanita, ramai pengikutnya mula dilanda kesedihan yang ‘melampau’.

Tak percaya? Lihat sahaja beberapa tweet di bawah ini…

IKLAN

Semua ini kerana gara-gara Haqiem ‘berbunga’ mendengar pengacara dan pelakon terkenal Neelofa dikatakan mengaku dia turut menyukai Haqiem Rusli sewaktu di program MeleTop.

Jadi tak hairanlah mengapa kebanyakan peminat-peminat Haqiem frust sampai macam tu sekali. Hehehe...

IKLAN

Lebih melucukan ada juga yang mempersoalkan adakah Haqiem akan berbunga jika mereka lakukan perkara yang sama seperti Neelofa katakan itu.

IKLAN

Uish kalau MH Online pon akan berbunga-bunga seperti Haqiem. Mana tidaknya, antara selebriti paling disanjungi dan dihormati mengaku dia sendiri meminati kita, mana tidak berbunga bukan?

Apapun jangan risau, Haqiem sebenar hanya ingin meluahkan kegembiraanya apabila mengetahui Neelofa turut meminatinya, so girls jangan bersedih lagi ya.

Sebelum itu, jom layan lagu single Haqiem Tergantung Sepi yang kini telah mencecah 19,003,982 juta tontonan.

https://youtu.be/KpiQ9lI5aWc

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI