Filem Pencuri Hati Mr. Cinderella baru sahaja ‘melabuhkan’ tirai di semua pawagam tempatan.

Filem arahan sutradara terkenal Ahmad Idham Nadzri serta dibarisi barisan pelakon Atikah Suhaime dan Haliza Misbun nampaknya tidak dapat mencuri perhatian peminat filem Melayu. 

Filem tersebut hanya mampu meraih RM100,000 sahaja sejak ditayangkan 10 Ogos lalu selepas habis ditutup ikut Syarat Wajib Tayang yang ditetapkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Terdahulu, posternya juga dikecam teruk oleh netizen dan ramai berpendapat ia ketinggalan zaman serta dihasilkan pereka grafik tidak berpengalaman. 

Pencuri Hati Mr. Cinderella Hanya Kutip RM100,000

IKLAN

Ini bukan kali pertama filem arahan Ahmad Idham dilanda kontroversi apabila poster filem Minah Moto turut berhadapan isu sama.

Dalam pada itu, Ahmad Idham berkata keadaan kurang mendapat sambutan itu kemungkinan berpunca daripada ekonomi Malaysia tidak menentu menganggu prestasi kutipan filem beliau.

IKLAN

Namun pendapat Ahmad Idham itu, disangkal oleh netizen yang bertanya kembali bagaimana filem keluaran Skop Production Sdn. Bhd. lakonan pelawak Zizan Razak boleh mengutip sebanyak RM5 juta dalam masa hanya lima hari sekiranya ekonomi tidak menentu.

Pencuri Hati Mr. Cinderella Hanya Kutip RM100,000

IKLAN

Rata-rata berkata zaman kegemilangannya sudah berakhir apabila ramai sudah ‘muak’ dengan filem bertemakan cinta bahkan tiada idea baharu yang boleh membuka minda.

Pencuri Hati Mr. Cinderella Hanya Kutip RM100,000

Sememangnya drama Cinderella cukup gah sekitar dua dekad lalu bersiaran menerusi TV3. Kemungkinan fenomena drama tersebut pada tahun 1998 dahulu lakonan merpati dua sejoli itu sudah pun berakhir.

Bagaimanapun, Ahmad Idham bukanlah seorang pengarah yang biasa, beliau dianggap antara pengarah yang hebat pernah menghasilkan karya unggul seperti Tentang Bulan, Mael Lambong, Adnan Semp-it, Niyang Rapik dan Congkak, cuma nasib kali ini kurang bertuah.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI